Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PRK Mahkota: KPT Beri Kelonggaran Buat Mahasiswa Baharu Daftar Lewat Ke Universiti

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) beri kelonggaran buat mahasiswa baharu yang mengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) N.29 DUN Mahkota untuk mendaftar lewat ke universiti awam (UA) masing-masing sehingga 29 September 2024 (Ahad).

Menerusi satu kenyataan, Menteri KPT, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata Kementeriannya ambil maklum berkenaan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota yang akan berlangsung pada 28 September ini.

KPT beri kelonggaran buat mahasiswa baharu daftar lewat ke universiti untuk mengundi di PRK Mahkota

KPT Beri Kelonggaran Buat Mahasiswa Baharu

Foto: New Straits Times

“Ketetapan dibuat hasil perbincangan KPT bersama 12 UA sebagai usaha memberi kemudahan untuk mahasiswa baharu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi untuk memilih wakil rakyat di kawasan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, beliau mengingatkan pelajar baharu yang terlibat boleh berhubung terus dengaan pihak Hal Ehwal Pelajar (UA) masing-masing dan memaklumkan tentang status sebagai pengundi di PRK DUN Mahkota.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: PRK Mahkota: Jangan Sekat Kempen Di Media Sosial, Biar Gentlemen Dan Adil – PN

Sekadar info, PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu semasa menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.

BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40 manakala PN meletakkan bekas pemain bola sepak Johor Mohamad Haizan Jaafar, 61, sebagai calon.

KPT Beri Kelonggaran Buat Mahasiswa Baharu

Foto: Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yanh lalu, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.

Hari pengundian akan berlangsung pada 28 September manakala 24 September merupakan hari undi awal.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd