Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan gambar pintu palam pesawat Alaska Airlines yang tercabut ada tertulis ‘buatan Malaysia’ sehingga menjadi topik perbualan di media sosial.
Keluaran Spirit AeroSystems
Susulan daripada itu, memetik laporan dari Wall Street Journal, Pengerusi NTSB, Jennifer Homendy mengesahkan bahawa pintu itu dikeluarkan oleh Spirit AeroSystems di Malaysia sebelum dihantar ke pembekal Boeing di Wichita, Kansas.
Kredit foto: Wall Street Journal
Pintu pesawat Alaska Airlines tercabut, masih dalam siasatan
Ujarnya, siasatan NTSB akan menyelidik maklumat berkaitan pengeluaran, pengangkutan, pemasangan serta pemeriksaan kualiti sepanjang proses berkenaan.
“Buat masa ini kami tidak mempunyai petunjuk di mana dalam proses ini ia terjadi. Ia (kesilapan) boleh berlaku di mana sahaja sepanjang proses, dan kami tidak hanya menumpukan pada pengeluaran,” katanya.
Kredit foto: ABC News
Pintu pesawat Alaska Airlines ditemui seorang guru di belakang rumah
Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang guru sekolah di Portland mendakwa menemui pintu pesawat yang tercabut di halaman belakang rumahnya.
Guru yang dikenali sebagai Bob Sauer turut memaklumkan yang dia melihat nombor siri pintu dan info pengeluaran lain seperti ‘Made in Malaysia’ yang kelihatan ditulis dengan tangan menggunakan pen dakwat kekal.
Kredit foto: ABC News
Penumpang saman syarikat penerbangan
Menerusi laporan dari ABC News, empat orang penumpang Alaska Airlines telah menyaman syarikat penerbangan tersebut kerana pengalaman ‘ngeri’ yang mereka alami selepas palam pintu tercabut semasa penerbangan mereka.
Palam pintu untuk fiuslaj Boeing 737 Max 9 telah tertanggal beberapa minit selepas penerbangan 1282 Alaska Airlines berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Portland pada 5 Januari lalu dan menekan kabin sekali gus mendedahkan penumpang pada ketinggian beribu-ribu kaki di udara.
Kredit foto: ABC News
Walau bagaimanapun, tiada sesiapa yang mengalami kecederaan parah dan pesawat berkenaan telah melakukan pendaratan kecemasan dengan selamat.
Sumber: The Wall Street Journal, ABC News