Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPDN Pantau Aktiviti Scam Jual Beli Minyak Masak Di Media Sosial

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sejak kebelakangan ini kerap menerima aduan daripada pengguna berkaitan sindiket penipuan dalam talian (scam) yang menawarkan minyak masak paket.

Penjualan dilakukan samada melalui laman sosial atau tapak pasar dalam talian bertujuan memperdaya mangsa untuk mendapatkan bekalan dan turut dikesan menawarkan dengan harga yang lebih murah.

Susulan daripada itu, pihak KPDN telah menumpukan usaha yang berterusan untuk memantau aktiviti penjualan minyak masak dalam talian serta menubuhkan unit khas di Bahagian Penguat Kuasa bagi tugasan pemantauan aktiviti tersebut.

Guna media sosial laksana modus operandi perdaya mangsa

Difahamkan,  modus operandi aktiviti scam  berkenaan adalah dengan memperdaya mangsa menggunakan laman media sosial atau pasar dalam talian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sindiket terbabit dikesan menawarkan minyak masak untuk dijual dan terdapat iklan umpanan dengan menawarkan dengan harga yang jauh lebih murah.

Sekadar gambar hiasan

Pada tahun 2024, 1 tindakan kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 hasil tindakan proaktif yang dilaksanakan telah diambil pada 9 Januari 2024 kerana berurusniaga barang kawalan tanpa lesen yang sah.

Hal tersebut berdasarkan statistik penguatkuasaan bermula 4 Julai 2022 sehingga 31 Disember 2023 yang mana sebanyak 62 pemeriksaan fizikal telah dilakukan di seluruh negara manakala sebanyak sebelas 11 aduan yang berkaitan telah diterima dalam tempoh yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tindakan berat dikenakan terhadap kesalahan tersebut

Daripada jumlah tersebut, sebanyak tiga tindakan kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] telah diambil dan disiasat ke atas pihak yang terlibat yang melakukan kesalahan berkaitan penjualan minyak masak secara dalam talian.

Antara kesalahan yang dilakukan adalah berurusniaga barang kawalan berjadual iaitu minyak masak tanpa lesen yang sah dan menyimpan minyak masak di tempat yang tidak dilesenkan.

KPDN turunkan iklan berkaitan penjualan barang kawalan

Disebabkan itu, KPDN telah bekerjasama dengan pengendali tapak pasar secara dalam talian dalam negara bagi memastikan aktiviti scammer serta penyelewengan minyak masak yang dilakukan secara dalam talian ini dapat diatasi dengan lebih berkesan.

Hasil daripada kerjasama terbabit,  sebanyak 198 iklan berkaitan penjualan barang kawalan berjadual minyak masak secara dalam talian telah dinyahturun (content removal) dalam tempoh yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beri amaran keras terhadap mereka yang berurusan

Sehubungan dengan itu, pihak KPDN memberi amaran keras kepada semua pihak yang berurusan dengan barang kawalan dan bersubsidi terutamanya minyak masak agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah dikuatkuasakan.

Kementerian juga dengan tegas memberitahu bahawa tidak akan ada kompromi buat mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam penyelewenangan barang kawalan dan subsidi termasukah yang dijual secara atas talian.

“Pengguna juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam melihat tawaran iklan pembelian minyak masak paket murah yang dipaparkan kerana keadaan ini memberikan kelebihan kepada scammer untuk memperdaya mangsa-mangsa mereka.
Tindakan pantas sekiranya masyarakat pengguna mengesan aktiviti sebegini adalah dengan menyalurkan pertanyaan dan aduan kepada KPDN” ujar mereka.

Jutaan ringgit denda kepada yang bersalah

Mereka yang melakukan kesalahan tersebut boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM1,000,000.00.

Bagi kesalahan berikutnya, denda akan dikenakan tidak melebihi RM3,000,000.00  bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM2,000,000.00  dan bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5,000,000.00.

Syarikat berkekaan juga boleh disiasat di bawah Akta Pencegahan PengubahanWang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) [Akta 613] iaitu kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat perlucutan hak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewengan berkaitan minyak masak.

Jika disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta 613 ini, pihak tersebut boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5,000,000.00 yang mana yang lebih tinggi.

Oleh sebab itu, pihak KPDN meminta agar kerjasama orang ramai untuk memaklumkan sebarang aduan melalui saluran berikut:

Advertisement. Scroll to continue reading.

i. Whatsapp ke 019- 279 8000;

ii. Portal e-Aduan http://eaduan.kpdn.gov.my

iii. Call Centre 1-800-886-800, dan;

iv. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd