Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) bakal keluarkan kenderaan elektrik (EV) mampu milik pada hujung tahun 2025.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz selaras dengan pelantikan syarikat Perodua untuk menerajui pengeluaran kenderaan elektrik mampu milik di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Perodua keluarkan EV mampu milik
Artikel lain: Perodua Komited Singkatkan Tempoh Menunggu Tempahan Bermula Januari 2024
“Perodua telah bekerjasama dengan sebuah syarikat automotif antarabangsa untuk menghasilkan prototaip EV berkenaan.
“Terima kasih syarikat Perodua kerana membantu Malaysia dalam memajukan teknologi kenderaan elektrik dan memperkukuhkan mobiliti mampan Malaysia,” ujarnya.
Terdahulu, Perodua meletakkan sasaran 20 peratus daripada jualan keseluruhan kereta baharu menjelang 2030 bagi kenderaan elektrik (EV) dan hibrid jenamanya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad memberitahu sasaran itu boleh dicapai jika semua pemain industri boleh bekerjasama.
“Kami bekerjasama dengan kerajaan dan rakan kongsi yang lain. Kami juga telah dilantik dalam pelan perindustrian baharu untuk menerajui pembangunan EV di Malaysia.
“Kita perlu menghasilkan produk baharu. Kita belum memuktamadkan masa pengeluarannya, tetapi sasaran yang diberikan oleh kerajaan – 20 peratus menjelang 2025 atau 2030 akan menjadi kenyataan jika semua pihak memberi kerjasama,” katanya.
Sumber: Facebook @Zafrul Abdul Aziz