Kempen ‘Subuh macam Jumaat’ yang mendapat sambutan di Malaysia nampaknya telah ‘tular’ ke negara jiran, Singapura. Penyanyi terkenal, Taufik Batisah turut dilihat laung azan di Masjid Mujahidin, Singapura pada waktu subuh yang dihadiri ribuan jemaah.
Masjid2 makin ramai orang
Menerusi video yang dikongsi Instagram alfajr.sg, dapat dilihat yang mereka juga menggerakkan kempen di hampir beberapa minggu di masjid-masjid yang dimaklumkan.
Taufik Batisah laung azan di masjid
Ternyata kempen berkenaan mendapat sambutan yang cukup menggalakan dan pernah mencecah sehingga 4,000 jemaah pada waktu solat subuh tersebut.
Dalam video yang tular, Taufik Batisah yang terkenal dengan lagu ‘Awak kat mana’ telah diberi peluang untuk melaungkan azan dan pastinya perkara tersebut menerima pelbagai komen positif daripada warganet.
Taufik Batisah laung azan, nak join lagi
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata meninggalkan komen positif terhadap kempen yang turut dijalankan di negara jiran.
Selebriti Malaysia, Alif Satar yang menjadi salah seorang yang menggerakkan kempen #gengsubuhmacamjumaat ini turut meninggalkan komen mengatakan akan turut serta di masjid di Singapura kelak jika mempunyai kelapangan.
Masjid2 dekat Singapura semakin ramai orang
Seronok tengok perkara positif kian berkembang
Sumber: Instagram alfajr.sg, heyhamdan, _donjany