Tular di media sosial video seorang individu dipercayai berpangkat Sarjan Mejar tampar orang awam sehingga mangsa dilihat menahan kesakitan berikutan dikasari berkali-kali.
Dikatakan polis berpangkat sarjan mejar
Perkongsian tersebut telah dimuat naik semula akaun X druglordfxdl dengan mengatakan bahawa individu terbabit masih lagi bertugas ketika ini.
Sarjan mejar tampar orang awam, polis segera siasat
Susulan daripada penularan video yang berdurasi 33 saat itu, pihak polis telah mengambil tindakan dengan mengesan individu terbabit yang dimaklumkan berpangkat sarjan mejar.
Memetik laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, pihak polis akan menyiasat dengan terperinci berkenaan kejadian tersebut memandangkan ada memetik nama pegawai polis dan jawatannya.
Video tular itu dikesan pada 3.11 petang yang turut memetik nama pegawai polis terbabit serta jawatannya.
“Kita akan menyiasat perkara ini dengan terperinci dan menggesa orang awam atau saksi kejadian untuk tampil membuat laporan dan menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.
“Tindakan mengikut undang-undang akan diambil terhadap pihak berkaitan tanpa kompromi,” katanya.
Artikel lain: Dua Anggota Polis Disyaki Samun, Perkosa Pelajar Kolej Swasta
Sementara itu, melihat dari video yang tular tersebut, lelaki dipercayai berpangkat sarjan mejar itu telah mengasari seorang individu dengan sembilan tamparan dan menarik rambut dalam keadaan mangsa sedang duduk
Kejadian dilihat seperti berada di dalam restoran apabila terdapat meja makan dan juga kerusi lain berhampiran rakaman berkenaan dibuat.
Sumber: X druglordfxdl, Harian Metro (Izz Laily Hussein)