Kejohanan Hoki Ais Antarabangsa (IIHF) mendedahkan pasukan Israel tidak dibenarkan untuk menyertai kejohanan dunia bagi memastikan keselamatan negara lain terjamin.
Menurut laporan Harian Metro, perbincangan telah dilakukan dan keputusan itu diambil selepas mengambil kira semua risiko yang ada.
Kejohanan Hoki Ais Antarabangsa
Artikel lain: Anak Lelaki Wartawan Al Jazeera Terkorban Dalam Serangan Israel
“Majlis IIHF mengambil keputusan ini selepas membuat pertimbangan membabitkan risiko keselamatan, perbincangan dengan negara yang mengambil bahagian dan rundingan dengan tuan rumah,” menurut kenyataan IHF.
Difahamkan, larangan tersebut akan dikuatkuasa sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian oleh badan induk itu.
Berdasarkan jadual kejohanan, pasukan lelaki negara haram tersebut sepatutnya menentang Australia dan Emiriyah Arab Bersatu di Divisyen II-A kejohanan dunia di Serbia pada April.
Bagaimanapun, Israel tidak berpuas hati dengan keputusan larangan yang diambil oleh IIHF dan akan membawa isu tersebut Mahkamah Abritasi Sukan (CAS).
IIHF membuat tindakan tersebut selepas Israel membunuh lebih 23,000 rakyat Palestin tanpa belas kasihan yang melakukan serangan sejak 7 Oktober lalu.
Sumber: Harian Metro