Penyanyi terkenal antarabangsa, Selena Gomez kembali aktif selepas kurang 18 jam mengumumkan mahu mengundur dari media sosial.
Sebelum ini, pemilik nama Selena Marie Gomez mengumumkan dirinya mahu berehat sementara dari media sosial.
Keputusan tersebut dibuat setelah fotonya sedang berbisik bersama rakan selebriti, Taylor Swift di acara Golden Globes 2024 tular dan menjadi topik perbincangan umum.
Menerusi hantaran di Instagram Story, pelatun lagu Calm Down menyatakan, dirinya berundur dari media sosial kerana mahu memberi fokus pada hal-hal yang lebih penting iaitu keluarga dan kekasih.
“Saya tidak akan bersosial dan berehat sementara waktu. Saya ingin memberi fokus pada hal yang benar-benar penting,”tulisnya ringkas.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 32 tahun itu turut menyertakan potongan video ringkas memaparkan teman lelakinya, Benny Blanco sedang bermain bersama dua kanak-kanak.
Terdahulu, Selena juga pernah memaklumkan dia mahu berehat dari media sosial selepas menjadi mangsa kecaman warganet berhubung kenyataan bersifat neutral terhadap isu semasa Israel-Palestin.
Namun, tidak seberapa lama kemudian, dia kembali aktif sehingga dihujani komen-komen berbaur negatif dengan menyatakan penyanyi tersebut hanya sekadar ‘wayang’.
Selena Gomez is back on Instagram, 18 hours after announcing a social media break. pic.twitter.com/QlNz2xomhF
— Selena Gomez Charts (@selenagchart) January 11, 2024
Artikel lain: Selena Gomez Bercinta Dengan Rakan Justin Bieber -“Dia Adalah Segalanya”