Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun tampil minta maaf secara terbuka selepas videonya memaksa seekor kucing hisap rokok menerima kecaman.
Remaja berasal dari Tebing Tinggi, wilayah Sumatera Utara Indonesia dalam satu video permohonan maaf menjelaskan dirinya hanyalah bergurau sahaja.
“Saya hanya bergurau,”katanya.
Video permohonan maaf tersebut dimuat naik selepas pihak polis menemui remaja berkenaan di kediamannya atas sebab penderaan terhadap haiwan.
Dalam video tersebut, remaja berkenaan mengaku kesalahannya serta menyesali perbuatan tidak masuk akalnya itu.
✨ Seketika alim. ✨
gimana mau kapok orang2 yg demen nyiksa hewan, kalau endingnya cuma begini ≠ kelar? 👹 pic.twitter.com/f0NMwzcd1D
— 🌻 (@tidurnyenya) January 3, 2024
Artikel lain: Anak Ditendang Sebab Merokok, Bapa Lastik Mata Cikgu Hingga Buta
Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan seorang remaja duduk di tepi jalan sambil hisap rokok.
Namun begitu, dia kemudiannya meletakkan putung rokok pada mulut seekor kucing yang berada di sebelahnya sebelum memaksa haiwan berkenaan menghisap.
Bukan itu sahaja, remaja berkenaan turut menghembus asap rokok ke muka bintang comel itu.
Sumber: X tidurnyenya