Sebuah pesawat Japan Airlines terbakar selepas bertembung dengan pesawat pengawal pantai landasan Lapangan Terbang Haneda Tokyo.
Memetik laporan dari Daily Mail, pesawat yang membawa 367 penumpang dilihat bergerak di sepanjang landasan sebelum berlakunya kebakaran di bahagian bawah dan belakang.
Pesawat diselubungi api marak
Dalam satu rakaman yang tular, dapat dilihat pesawat Japan Airlines diselubungi api marak dengan api kelihatan keluar dari tingkap penumpang termasuklah menjilat pintu utama kabin dan ada serpihan pesawat yang jatuh ke landasan.
Penumpang juga dilihat bergegas menyelamatkan diri dari terperangkap dalam kebakaran tersebut.
BREAKING: Japan Airlines plane with 367 people on board collides with Coast Guard plane at Tokyo Airport pic.twitter.com/ANheXFC2Ny
— BNO News (@BNONews) January 2, 2024
Pesawat Japan Airlines terbakar, semua penumpang berjaya dipindahkan
Dalam pada itu, jurucakap Japan Airlines memlaporkan kepada media Jepun bahawa kesemua 379 termasuk anak kapal di dalam penerbangan JAL 516 Airbus A-350 telah berjaya dipindahkan dan perkara tersebut dianggap satu keajaiban kerana tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku walaupun kebakaran tersebut memusnahkan hampir kesemua bahagian besar pesawat.
Pesawat Japan Airlines terbakar bertembung dengan pesawat pengawal pantai
Walau bagaimanapun, seorang pegawai pengawal pantai mengesahkan bahawa seorang anak kapal berjaya melarikan diri namun nasib lima lagi tidak dapat dikenal pasti selepas pesawat pengawal pantai berkenaan bertembung dengan Japan Airlines.
Artikel lain: Penumpang Berani Mati! Buka Pintu Kecemasan Pesawat Sebelum Mendarat
Difahamkan, 70 jentera bomba dikerahkan untuk memadamkan kebakaran di landasan Lapangan Terbang Haneda Tokyo.
Penerbangan Japanese Airlines itu telah terbang keluar dari lapangan terbang Shin Chitose di Jepun dan sedang mendarat di lapangan terbang Haneda ketika bencana itu berlaku.
Sumber: X BNO News, Daily Mail