Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bakal mengumumkan kadar dividen pada kadar 5.5 peratus hingga 6.5 peratus.
Menurut laporan Berita Harian, kadar tersebut adalah lebih tinggi berbanding 5.35 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 4.75 peratus untuk Simpanan Syariah bagi 2022.
Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid memberitahu berdasarkan prestasi suku tahun semasa KWSP menjadi faktor kepada jangkaan positif bagi pengagihan kadar dividen 2023.
KWSP dividen 6.5 peratus
Artikel lain: Takaful Malaysia Umum Dividen 14.00 Sen Sesaham Bagi Tahun Kewangan 2023
Advertisement. Scroll to continue reading.
“KWSP memiliki skala ekonomi yang lebih mampan dengan aset di bawah pengurusan (AUM) sebanyak RM1.1 trilion. Justeru, dana persaraan nasional ini mempunyai kelebihan dari segi pilihan pelaburan mahupun proses rundingan dengan pengurus dana luar.
“Namun. disebabkan saiz dana pelaburan yang besar, KWSP perlu bekerja lebih keras untuk mendapat pulangan tinggi dari sudut ringgit, walaupun peratusan yang kecil. Misalnya, untuk setiap satu peratus dividen, KWSP dengan aset RM1.1 trilion perlu membayar RM11 bilion dan ini cukup mencabar dalam situasi ekonomi semasa.
Advertisement. Scroll to continue reading.