Setiap syarikat penerbangan mempunyai pakaian seragam mereka tersendiri bagi menunjukkan identiti yang kemas serta penampilan yang cantik kepada penumpang.
Malah, baru-baru ini, pakaian seragam Pramugari Japan Airlines berjaya menarik perhatian ramai apabila dikatakan lebih sopan serta tidak mencolok mata.
Pakaian seragam Pramugari Japan Airlines
@japanairlines_official みんな年末年始どこに出かける〜? #CA #japanairlines
Menerusi video yang tular di media sosial tersebut, kelihatan beberapa pramugari memakai dua jenis uniform mereka iaitu berseluar panjang dan kain dibawah paras lutut.
Artikel lain: Tetamu Wanita & Lelaki Diasingkan, Netizen Kagum Majlis Kahwin Ikut Syariat Islam
Netizen puji, nampak lebih sopan dan bergaya!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji pakaian seragam syarikat penerbangan tersebut yang dilihat lebih berkarisma dan mampu menarik perhatian ramai meskipun tidak terdedah.
AirAsia patut contohi Japan Airlines
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen meminta agar syarikat penerbangan Malaysia mencontohi seragam Japan Airlines yang lebih sopan dalam menutup aurat.
Sumber: TikTok @Japan Airlines