Pelakon dan model terkemuka China, Dilraba Dilmurat mendedahkan dirinya tidak boleh menyentuh atau memakan daging babi sekali pun.
Memetik sebuah portal, aktres berketurunan Uyghur itu menjaga soal pemakanannya lebih-lebih ia melibatkan soal kepercayaan agama dan adat keturunannya.
Menerusi satu rancangan variasi ‘Flowers and Boys’, aktres jelita berusia 32 tahun berkata dirinya bukanlah cerewet soal pemakanan sehingga tidak boleh memakan daging haiwan berkenaan, sebaliknya akur dengan ajaran agama.
Pendedahan itu dibuat ketika disoal mengenai diet pemakanannya untuk kekal cantik.
“Daging babi adalah pantang larang dan tidak boleh disentuh oleh orang (masyarakat) Uyghur.
“Ini kerana kami mempunyai kepercayaan agama dan budaya makanan tersendiri. Jadi, kami perlu sentiasa berpegang kepada kepercayaan dan tradisi,”ujarnya.
Artikel lain: Netizen Runsing, Peniaga Bertudung Tapi Jual Bakso Babi- “Betul Ke Muslim?”
Ia jelas menunjukkan pihak pengurusan artis yang menguruskan selebriti terkemuka itu amat prihatin dan peka dengan pantang larang Dilraba.
Difahamkan, para produksi juga menyediakan makanan yang berasaskan bebas babi dan ‘hot pot’ sahaja kepadanya, selain buah-buahan.
Ini bagi memastikan selebriti tersebut selesa sepanjang berada di set penggambaran.
Sumber: Min