Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Gaza Sambut Tahun Baharu 2024 Dengan Serangan Roket Israel

Angkara tentera Israel, kira-kira 100 orang telah terkorban di Gaza dalam tempoh 24 jam yang lalu ketika penduduk dunia lain menyambut Tahun Baharu 2024,  lapor The Guardian.

Lapor Kementerian Kesihatan Gaza, dianggarkan 48 orang terkorban pada malam Ahad dalam pengeboman dan serangan udara oleh tentera Israel ke atas penduduk Gaza.

Israel Gaza

Menurut sumber, 20 orang yang berlindung di Universiti al-Aqsa di barat Kota Gaza dilaporkan terkorban akibat serangan udara rejim Zionis Israel.

Difahamkan, zon pemindahan untuk 2.3 juta penduduk di bahagian selatan Gaza juga menjadi sasaran serangan udara dan artileri sepanjang minggu lalu ketika Israel meluaskan operasi daratnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kini, Israel juga menyasarkan kawasan yang kem yang penuh sesak Nuseirat, Maghazi dan Bureij yang dibina untuk menempatkan pelarian Palestin yang meninggalkan rumah mereka semasa tercetusnya peperangan sejak 1948.

“Kira-kira 35 orang (penghuni kem di Nuseirat, Maghazi, Bureij) terbunuh kerana dibom oleh Israel pada Ahad.
“Ia mendorong lebih ramai lagi untuk melarikan diri ke Rafah di sempadan Mesir,“lapor The Guardian.

Israel Gaza

Artikel lain: Israel Tambah Serangan Ke Atas Gaza Selepas PBB Tuntut Lebih Banyak Penghantaran Bantuan

Pegawai Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Gemma Connell, berkata ramai daripada puluhan ribu orang yang melarikan diri ke Rafah tidak mempunyai harta benda dan tiada tempat untuk tidur, apatah lagi makan minum.

“Saya sangat bimbang jumlah kematian yang kita lihat akan meningkat secara mengejut bukan saja kerana serangan yang diperbaharui ini tetapi juga krisis kemanusiaan ini yang benar-benar sukar dipercayai,” katanya.

Terdahulu, Netanyahu pada Sabtu lalu berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan, membuktikan perang ini menjadi talian hayat bagi kerajaannya yang semakin dikecam masyarakat antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, beliau berkata, ‘perang sudah mencapai kemuncaknya’ dan Israel perlu menguasai semula sempadan Gaza dengan Mesir.

Sementara itu, Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich berharap warga Palestin yang tinggal di Semenanjung Gaza harus meninggalkan wilayah itu bagi memberi peluang kepada peneroka Israel yang boleh ‘membuat mekar padang pasir’ membangunkan kawasan berkenaan.

Bezalel Smotrich berkata demikian sehari sebelum Tahun Baharu 2024 dalam satu wawancara dengan media zionis.

“Apa yang perlu dilakukan di Gaza Strip adalah untuk menggalakkan imigrasi,” kata Smotrich kepada radio Tentera Israel.
“Sekiranya terdapat 100,000 atau 200,000 orang Arab di Gaza dan bukan dua juta orang Arab seluruh perbincangan pada hari selepas itu akan sama sekali berbeza,” tambahnya.

Sumber: The Guardian, BH Online, Malaysia Gazette

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi runut bunyi anime, Sayuri meninggal dunia 20 September lalu pada usia 28 tahun, hanya enam bulan selepas berkahwin dengan suaminya, Amaarashi. Menerusi satu...

Sosial

Seorang pegawai polis dari Thailand cakap Bahasa Melayu untuk menasihati rakyat Malaysia yang melawat negara itu sentiasa membawa lesen memandu tidak kira lesen memandu...

Spotlight

Baru-baru ini, pelakon terkenal Indonesia, Raffi Ahmad  menerima gelaran doktor honoris causa atau doktor kehormat dari Universal Institute of Professional Management (UIPM) di Thailand....

Lokal

Muhammad Amir Hakimi Sabari, anak kepada pesara Felcra, Sabari Baharom yang disyaki dibunuh dengan cara dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra akui kenal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd