Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Dhaka Catat Indeks Kualiti Udara Paling Tercemar Dunia

Ibu negara Bangladesh, Dhaka catat indeks kualiti udara tercemar dunia hari ini apabila ruangan udara diselaputi lapisan asap toksik tebal.

Menjunam ke kategori bahaya

Memetik laporan dari Reuters, kualiti udara Dhaka telah jatuh menjunam sehingga dikategorikan berbahaya menyamai kualiti ibu negara jiran, New Delhi, India.

 Bahan api fosil antara punca Dhaka catat Indeks kualiti udara teruk

Difahamkan, penggunaan bahan api fosil secara berlebihan menjadi salah satu punca mengapa bandar yang padat dengan 20 juta penduduk mengalami masalah kualiti udara yang begitu teruk lebih-lebih lagi dengan pelbagai pembangunan besar yang muncul.

Salah seorang penduduk yang juga penarik kenderaan beroda dua di bandar raya terbabit menyatakan  dirinya kerap mengalami masalah kesihatan disebabkan kualiti udara sangat buruk.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Kami sering menghidap asma, demam dan alahan ketika mengendalikan beca di jalanan. Ia selalunya sangat menyakitkan,” kata Rafiq Mondal.

Dhaka catat Indeks kualiti udara tercemar, kabus asap jam 9 pagi

Dalam pada itu, kumpulan Switzerland IQAir memaklumkan yang imej dron dilengkapi kamera menunjukkan kabut asap pada jam 9 pagi (waktu tempatan) sehingga meletakkan Dhaka di kedudukan teratas bandar paling tercemar di dunia dengan tahap indeks ‘berbahaya’ 325.

Keadaan itu bertambah baik sedikit dengan indeks menurun kepada 177, dalam julat ‘tidak sihat’, menjelang 1.35 tengah hari (waktu tempatan).

Pihak berkuasa bandar mengambil inisiatif dengan menyembur jalan menggunakan air untuk membantu habuk mendap, tetapi penduduk meminta usaha yang lebih besar dilakukan.

“Pencemaran udara semakin teruk. Dengan semua pembangunan mega seperti kereta api metro, terdapat banyak bahan pembinaan di mana-mana. Langkah mesti diambil dengan lebih serius,” kata Wasim Akhter.

Susulan daripada itu, Bank Dunia menggesa Bangladesh untuk menyelaras lebih rapat dengan jiran di Asia Selatan untuk melaksanakan pembersihan udara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam satu laporan, beberapa kawasan di Dhaka mempunyai tahap zarah halus sebanyak 20 kali ganda melebihi piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Manakala di New Delhi pula, Lembaga Kawalan Pencemaran Pusat memaklumkan yang pencemaran cukup tinggi dengan bacaan indeks 378.

Difahamkan, lebih 100 penerbangan ditangguhkan dan perkhidmatan kereta api terganggu oleh kabus yang menyelubungi di tengah-tengah suhu mencecah 11 darjah Celsius.

Sumber: Reuters

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet olahraga negara, Eddy Bernard meraih pingat gangsa pertama untuk Malaysia di temasya Sukan Paralimpik Paris dalam acara 100m T44 (kecacatan fizikal) di Stade...

Sukan

Penampilan pertama Muhammad Fareez di Sukan Paralimpik Paris 2024 memberi aksi kurang memberangsangkan kerana terlampau memikirkan untuk merebut kemenangan dalam perlawanan penentuan pingat gangsa...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) melancarkan Program e-Perkasa SPM Yayasan LTAT (YLTAT) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam memperkasakan pendidikan anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM)....

Lokal

Pihak pengurusan Johnny’s Restaurant dan Black Canyon tampil memberi penjelasan berhubung isu bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Foto: Laman web Johnny’s Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd