Pelakon filem pemenang Oscar “Parasite”, Lee Sun-kyun ditemukan meninggal dunia di dalam kereta yang terletak di Seoul, Korea pada Rabu.
Memetik laporan The Korea Times, kematian Lee Sun-kyun diklasifikasikan sebagai bunuh diri dan pelakon itu sempat meninggalkan nota bunuh diri.
Foto: Free Malaysia Today
Pelakon berusia 48 tahun itu dipercayai membunuh diri kerana atas sebab sedang menjalani siasatan berhubung penggunaan dadah.
Menurut laporan awal, seorang lelaki berusia 40-an ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta pada jam 10:30 pagi.
Artikel lain: TikToker Korea Selatan ‘Mama Guy’ Berdepan Pertuduhan Merogol Wanita
Pihak polis kemudiannya dipanggil untuk membantu lelaki tersebut dan mereka telah mengenal pasti mangsa adalah Lee Sun-kyun.
Pelakon ‘Parasite’ Lee Sun-kyun meninggal dunia
Foto: The Sun UK
“Memandangkan dia disahkan meninggal dunia, dia tidak dibawa ke hospital,” kata seorang pegawai bomba.
Lee Sun-kyun telah disoal siasat oleh pihak polis sebanyak tiga kali atas pertuduhan menggunakan ganja dan dadah haram di rumah seorang pelayan wanita beberapa kali pada awal tahun ini.
Namun begitu, pelakon tersebut mendakwa dia telah ditipu oleh pelayan itu untuk mengambil dadah dan dia tidak tahu apa yang diambilnya.
Foto: The Sun UK
Lee Sun-kyun telah menjalani dua ujian ringkas reagen semasa siasatan polis dan kedua-dua kembali dengan keputusan negatif.
Sebelum ditemui, Lee Sun-kyun telah menfailkan permintaan ujian poligraf kepada Agensi Polis Metropolitan Incheon bagi membuktikan dia tidak bersalah.
Sumber: The Korea Times