Baru-baru ini, tular video memaparkan sebuah keluarga selamba mengadakan piknik di dalam sebuah ‘mall’ atau pusat membeli-belah yang dipercayai terletak di Tangerang, Indonesia.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, akaun @kabar_tangerang memuat naik video memperlihatkan beberapa individu sedang duduk santai menghidangkan makanan.
Hidangan tersebut dengan selamba diletakkan di atas lantai beralaskan tikar, seolah-olah menikmati makanan di rumah sendiri tanpa menghiraukan tanggapan orang sekeliling.
Artikel lain: Netizen Runsing, Peniaga Bertudung Tapi Jual Bakso Babi- “Betul Ke Muslim?”
Dalam periuk dibawa, terhidang pelbagai jenis hidangan seperti sayur-sayuran, lauk-pauk dan nasi yang diletakkan dalam bekas yang biasa kelihatan di acara kenduri.
Selamba piknik dalam ‘mall’
Pengunjung lain seperti tidak menyedari aksi sekumpulan wanita berkenaan kerana masing-masing sibuk menyambut perayaan Krismas.
Menjengah ke ruangan komen, rupa-rupanya mereka telah mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan pusat membeli-belah itu kerana datang dari jauh sempena majlis graduasi ahli keluarga.
Ini keluarga pelajar graduasi…
Dibenarkan sebab dorang datang dari jauh…
Selain itu, ada juga netizen meninggalkan komen mengimbau kembali kenangan keluarga mereka yang turut melakukan perkara sama di pusat membeli-belah lain.
Pernah rasa benda ni…..
Dalam pada itu, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat sekumpulan wanita tersebut malahan berseloroh mahu turut serta piknik bersama mereka.
Saya nak join!
Selamba piknik dalam ‘mall’, bahagia itu sederhana…
Ada-ada saja warga Indonesia ni ya! Banyak konten tidak terjangkau dek akal sehingga mengundang rasa terhibur dalam kalangan netizen.
Sumber: Instagram @kabar_tangerang