Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Petinju Wanita Islam Pertama Wakili Australia Layak Ke Olimpik

Petinju wanita Islam pertama Australia, Tina Rahimi mencipta sejarah apabila menjadi sandaran negaranya bagi merebut kejuaran di sukan Olimpik musim panas di Paris tahun depan.

Cipta sejarah tersendiri

Difahamkan, atlet berusia 27 tahun itu layak bersama 12 lagi petinju untuk ke temasya sukan terbesar dunia dan Australia menghantar kontijen terbesar untuk acara tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Tina Rahimi – Boxer (@tinarahimii_)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Petinju Wanita Islam akui kurang selesa berhijab ketika bertanding diawal2 dahulu

Memetik laporan dari The Sydney Morning Herald, Tina mengakui bahawa bertinju dalam keadaan berhijab agak menyukarkan buatnya pada awal-awal penglibatan dahulu.

Namun, lama-kelamaan pemenang pingat emas di Sukan Pasifik yang berlangsung di Kepulauan Solomon itu sudah mulai terbiasa dengannya walaupun merasai kepanasan yang luar biasa.

“Ya Tuhan, ia sangat panas,” 
“Di Kepulauan Solomon, cuacanya berbahang ketika itu. Sebaik saya memakai tudung, peluh mula mencurah-curah tetapi seperti puasa dan latihan, saya berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan itu” ujarnya.

Petinju Wanita Islam Pertama pernah bertanding ketika puasa

Dalam pada itu, Tina juga menceritakan detik dia bertanding pada Ramadan lalu sewaktu menyertai kejohanan Sukan Tinju Wanita Dunia di India.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya berjoging sebelum matahari terbit bagi memastikan tahap kecergasan,” 
“Saya hanya boleh melakukan satu sesi latihan sehari. Saya berasa sangat letih dan dahaga tetapi ia sebahagian daripada ibadah dalam agama saya, jadi ia sangat penting kepada saya,” ujarnya lagi.

Sekadar info, Sukan Olimpik 2024 akan berlangsung pada musim panas di Paris, Perancis pada 26 Julai sehingga 11 Ogos 2024 nanti.

Sumber: The Sydney Morning Herald

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd