Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Meningkat 0.6 Peratus Pada Oktober 2023

Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 0.6 peratus kepada 32,944 tan pada Oktober 2023 daripada 32,757 tan pada September 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata bagi perbandingan tahun ke tahun pengeluaran getah asli meningkat 3.6 peratus daripada 31,795 tan pada Oktober 2022.

Pengeluaran getah asli Malaysia pada Oktober 2023 disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil (84.2 peratus) berbanding sektor estet (15.8 peratus).

Pengeluaran getah asli meningkat

Artikel lain: Harga Jualan & Sewa Kediaman Dijangka Naik Hampir 10% Tahun Depan

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jumlah stok getah asli pada Oktober 2023 menurun 0.4 peratus kepada 152,396 tan berbanding 153,011 tan pada September 2023.
“Kilang pemproses getah pula menyumbang stok akhir sebanyak 88.7 peratus diikuti kilang pengguna getah (11.2 peratus) dan estet getah (0.1 peratus), ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Mohd Uzir berkata eksport getah asli Malaysia menurun 1.0 peratus bulan ke bulan kepada 56,460 tan berbanding 57,028 tan pada September 2023.

China terus kekal sebagai destinasi utama untuk eksport getah asli iaitu berjumlah 58.9 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada Oktober 2023 diikuti Jerman (8.5 peratus), Iran (3.5 peratus), Portugal (2.0 peratus) dan Turkiye (1.8 peratus).

“Prestasi eksport disumbangkan oleh produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan getah, tayar, tiub, benang getah dan kondom.
“Produk sarung tangan getah merupakan eksport utama dengan nilai sebanyak RM1.0 bilion pada Oktober 2023, menurun 2.0 peratus berbanding RM1.02 bilion pada September 2023,” katanya.

Menurut DOSM, analisis perbandingan harga purata bulanan menunjukkan lateks pekat merekodkan peningkatan iaitu 10.6 peratus kepada 532.20 sen sekilogram pada Oktober 2023 daripada 481.08 sen sekilogram pada September 2023, manakala sekerap meningkat 4.4 peratus kepada 548.84 sen sekilogram pada Oktober 2023 daripada 525.59 sen sekilogram pada bulan sebelum itu.

Ia berkata harga bagi semua jenis Getah Mutu Malaysia (SMR) pula meningkat antara 3.2 peratus hingga 10.5 peratus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

The World Bank Commodity Price Data melaporkan harga bagi getah jenis TSR 20 (Technically Specified Rubber) meningkat 2.1 peratus kepada USD1.45 sekilogram daripada USD1.42 sekilogram, dan SGP/MYS (Singapura/Malaysia) meningkat 3.4 peratus kepada USD1.61 sekilogram daripada USD1.55 sekilogram.

Menurut laporan Malaysia Rubber Board Digest pada Oktober 2023, pasaran getah Kuala Lumpur secara amnya, bercampur-campur dengan harga SMR 20 dan lateks pekat bergerak dalam momentum meningkat disokong oleh pasaran asas yang menggalakkan terutama kekurangan bekalan getah disebabkan cuaca lembab di kebanyakan negara pengeluar getah.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd