Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) tampil mohon maaf secara terbuka berhubung keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Menerusi kenyataan media , hari ini, PSM memohon maaf kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selaku badan penganjur saingan Piala Malaysia 2023.
PSM turut memohon maaf kepada semua peminat sukan bola sepak negara terutamanya pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) yang akan beraksi di pentas final Piala Malaysia, esok malam.
Artikel lain: JDT & Terengganu Tak Puas Hati Dengan Padang SNBJ, Gesa Pelihara Hadiah TMJ
Bagaimanapun, PSM komited untuk melakukan penambahbaikan mengikut prosedur yang ditetapkan.
“PSM komited melakukan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) untuk pengurusan acara di Stadium Nasional pada masa hadapan,” jelas kenyataan itu.
https://www.facebook.com/stadium.malaysia/posts/pfbid0pU1yUGNSd9r88ugkw1yyHJwp4fYXVKEUFn9fbfjjZ2isc4RfuxXCCLXKAMrqN92Sl
Sebelum ini, media melaporkan kedua-dua finalis Piala Malaysia 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) tidak berpuas hati dengan keadaan rumput jenis Zeon Zoysia di padang Stadium Nasional Bukit Jalil.
Mereka turut menggesa semua pihak bekerjasama untuk memelihara hadiah pemberian pemilik JDT iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Malah, Tunku Ismail turut memuat naik kembali keadaan padang yang kelihatan terjejas di laman sosial milik.
Difahamkan, ia merupakan kali kedua dimuat naik selepas konsert Coldplay.
Sebagai rekod, Tunku Ismail menghadiahkan rumput Zeon Zoysia kepada Stadium Nasional yang ditanam tahun ini.
Sumber: FB Perbadanan Stadium Malaysia