Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KBBM, Pasar Raya LuLu Bantu Tingkatkan Jualan Barang Tempatan

Kempen Beli Barang Malaysia (KBBM) dengan kerjasama Pasar Raya LuLu Malaysia 2023 telah mencatatkan lebih 600 produk tempatan dijual sebanyak tiga juta unit setakat November ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Fauziah Salleh berkata, KBBM menerusi Pemerkasaan Produk Tempatan Menerusi Industri Peruncitan Tempatan adalah satu inisiatif daripada kementeriannya bagi mengukuhkan perbelanjaan domestik.

KBBM bantu tingkatkan jualan barang tempatan

Foto: Sinar Harian

Inisiatif ini dijalankan dengan kerjasama daripada LuLu Malaysia yang mana ia mengeksport produk tempatan Malaysia ke pasar raya ini yang terletak di luar negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Secara tidak langsung, ia memberikan peluang kepada syarikat tempatan untuk merancakkan jualan produk mereka bukan sahaja dalam negara namun juga pasaran luar negara.

Artikel lain: KPT Tawar 24500 Tempat Pengajian Bagi Pemohon Layak Terutama Golongon B40

“80 syarikat tempatan dari Malaysia telah berjaya mengeksport produknya ke pasar raya LuLu di tujuh buah negara di Negara Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Oman, Qatar, Kuwait, Bahrain dah India,” katanya

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran KBBM dan Kerjasama Mengeskport Produk Malaysia ke Luar Negara Bersam Pasar Raya LuLu Malaysia 2023 di Kuala Lumpur, pada Khamis.

Dalam pada itu, pihak LuLu juga telah menyampaikan anugerah kepada tiga syarikat tempatan terbaik dan tiga syarikat Malaysia mengeksport terbaik bagi tahun 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Bernama

“Bagi penerima Anugerah Syarikat Tempatan (Malaysia) Mengeksport Terbaik tahun ini berjaya membuat jualan sejuta unit produk bersamaan hampir RM7.7 juta secara keseluruhan ialah Kawan Food Manufacturing Sdn Bhd, Sydney Cake House Sdn Bhd dan Carepro Marketing Sdn Bhd.
“Manakala bagi KBBM pula, sebanyak 1,420 produk tempatan telah berjaya dipromosikan di Pasar Raya LuLU dalam negara daripada 127 Syarikat Tempatan terutama Syarikat dan Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana.
“Antara penerima anugerah Syarikat Tempatan Terbaik tahun ini ialah Syarikat Fatihah Frozen Sdn Bhd, Syarikat Afy Haniff Bena & Bekal dan Syarikat Hang Tuah Sdn Bhd,” ujarnya.

Foto: Utusan Borneo

Tambahnya, KBBM sememangnya bantu dalam tingkatkan jumlah jualan dan permintaan terhadap barang tempatan di dalam negara mahupun luar negara.

“Tambahan pula kerjasama dengan pasar raya antarabangsa seperti Pasar Raya LuLu Malaysia  sangat membantu dan mengalakkan produk tempatan menembusi pasaran luar negara di tujuh buah negara,” katanya.
Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pembantu rumah Indonesia melahirkan anak secara tiba-tiba di kediaman majikannya sehingga mengejutkan keluarga tersebut baru-baru ini. Foto: Facebook Menurut laporan New Straits Times,...

Sukan

Skuad futsal Malaysia ditewaskan 0-6 oleh Indonesia yang berada di kedudukan ke-28 dunia pada aksi persahabatan yang berlangsung di Gor Among Rogo, Yogyakarta, semalam....

Lokal

Sejumlah mata wang asing bernilai kira-kira RM5 juta ditemukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu negara, yang didakwa dijadikan...

Dunia

Syarikat induk Facebook iaitu Meta diarahkan untuk hadapi tuntutan mahkamah oleh negeri-negeri di Amerika Syarikat (AS) yang menuduhnya menjadi punca remaja ketagih menggunakan platform...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd