Baru-baru ini, tular di laman sosial memaparkan puluhan wanita di Australia memeluk Islam selepas kagum dengan keimanan penduduk Gaza walaupun dibedil setiap hari sejak 7 Oktober lalu oleh Israel.
Menurut laporan Sinar Harian, kira-kira 30 wanita telah mengucap dua kalimah syahadah di masjid Meadow Heights di Melbourne, Australia.
@sinarharianonline Tular di media sosial apabila puluhan wanita di Australia memeluk Islam selepas kagum dengan ketahanan penduduk Gaza walaupun dibedil setiap hari sejak 7 Oktober lalu oleh rejim Zionis Israel. Akhbar Turki Yeni Şafak mengesahkan kira-kira 30 wanita memeluk Islam di masjid Meadow Heights di Melbourne, Australia. Laporan itu menjelaskan kumpulan wanita terbabit tersentuh hati melihat keteguhan dan keimanan rakyat Palestin lalu mendorong mereka untuk memeluk agama Islam. Muzik: Big Dream daripada Artlist.io #SinarHarian #SinarTerkini #Gaza #Australia
Menerusi video tersebut, kelihatan puluhan wanita Australia beramai-ramai mengislamkan diri mereka di masjid tersebut telah mengundang rasa sebak ramai.
Mana tidaknya, wanita-wanita tersebut jatuh cinta dengan agama suci tersebut selepas tersentuh hati melihat keteguhan dan keimanan rakyat Palestin.
Alhamdulilah kita dah ada saudara baharu!
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira serta syukur dengan keputusan wanita Australia tersebut dan berharap mereka mendapat bimbingan yang benar dalam mempelajari agama dengan lebih mendalam.
Sekadar info, Ketua pertubuhan Program Makanan Sedunia (WFP), Cindy McCain memberi amaran berlaku batasan akses makanan dan minuman ke Semenanjung Gaza ketika ini.