Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Sumber Dedah Isham Jalil Dipecat MT UMNO?

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil didakwa dipecat serta-merta daripada parti itu dalam satu Mesyuarat MKT pada malam Rabu.

Memetik laporan Sinar Harian, keputusan tersebut didedahkan oleh salah seorang ahli MKT yang telah menghadiri mesyuarat tersebut di Menara Dato’ Onn namun enggan mendedahkan namanya kepada umum.

Foto: Utusan Malaysia

“Dia (Isham) dipecat,” katanya ringkas.

Namun begitu, dakwaan tersebut masih belum disahkan daripada UMNO atau Ahli MKT selain Isham juga belum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas lanjut, sumber itu juga berkata keputusan itu diambil setelah parti mendapati Isham melakukan pelbagai kesalahan terhadap UMNO.

“Kesalahan dia banyak, dia suruh presiden dipecat dan letakkan jawatan. Dia kata UMNO, dia tak ikut keputusan parti, dia ajak presiden berdebat secara terbuka.
“Dan ini, saya rasa mesyuarat keempat dia tidak hadirkan diri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata sudah menjadi tradisi dan peraturan parti sejak 1946 bahawa kedudukan parti lebih tinggi daripada individu.

Foto: UMNO Online

“Semua keputusan dasar parti ditentukan secara syura dan kolektif bukan individu.
“Dasar dan Hala-tuju parti hanya boleh diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi dan Perhimpunan Agong UMNO bukan individu atau mana-mana kepimpinan tertinggi termasuk Presiden.
“Pandangan berbeza dirai dalam mesyuarat, namun mesti menjunjung tinggi prinsip ‘decorum’ adab ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’.
“Memelihara ‘sumpah atas nama Allah’ menyimpan kerahsiaan mesyuarat,” tulisnya menerusi perkongsian di Facebooknya.

Terdahulu, Isham mengesahkan beliau tetap dengan pendiriannya untuk memprotes dan tidak menghadiri mana-mana mesyuarat parti berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Ahmad Samsuri Miliki Imej Sederhana Berbanding Pemimpin PAS Lain – PM

Isham menegaskan, protes itu akan diteruskan selagi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meneruskan kerjasama dengan DAP.

Timbalan Perdana Menteri itu juga telah mencabar Isham untuk menghadiri mesyuarat pada malam Rabu lalu untuk menyuarakan bantahannya terhadap kerjasama tersebut.

Foto: UMNO Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, Ahmad Zahid juga mahu Isham menyuarakan rasa tidak puas hatinya termasuk kononnya ada segelintir pemimpin UMNO menjadi barua DAP.

Tuduhan tersebut juga dikatakan menjadi punca parti itu ditolak oleh orang Melayu susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Sabtu lalu.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Shamsul  Abd Ghani)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd