Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Zahid Hamidi Sangkal Dakwaan Hidap Kanser, Letak Jawatan Presiden UMNO

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sangkal dakwaan beliau hidap kanser dan bakal meletakkan jawatannya sebagai presiden UMNO.

Jelasnya lagi, beliau sudah kembali sihat selepas menjalani pembedahan prostat.

Zahid Hamidi sangkal dakwaan

Artikel lain: Banjir Kedah: Zahid Hamidi Yakin Sanusi Mampu Urus Kebajikan Mangsa

Zahid Hamidi memaklumkan perkara tersebut selepas merasmikan peluncuran Transformasi Politeknik 2023-2030 di sini hari ini berkata beliau menjalani pembedahan prostat baru-baru ini dan telah kembali sihat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya sendiri pun tidak tahu akan melakukan perkara itu (letak jawatan) dan saya memang ada menjalani pembedahan prostat.
“Janganlah buat spekulasi yang macam-macam. Alhamdulillah saya sihat,” katanya kepada Oh My Media.

Terdahulu, media melaporkan pemimpin yang berusia 70 tahun itu dikatakan mahu melepaskan jawatan sebagai presiden UMNO kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kerana masalah kesihatan.

Bagaimanapun, anak Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah menerusi perkongsian di Instagram memaklumkan bapanya dalam keadaan sihat selepas menjalani prosedur pembedahan.

+ posts

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Politik

BERSATU membuat keputusan untuk memecat Ahli Parlimen Tanjong Karang, Zulkafperi Hanapi dan Ahli Dewan Negeri (Adun) Selat Kelang, Abdul Rashid Asari berkuat kuasa serta...

Spotlight

Pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow mewasiatkan sejumlah wang dan harta kepada dua aktres wanita memandangkan dia tidak mempunyai pewaris harta bagi kekayaannya. Vnexpress...

Lokal

Polis sedang mengenal pasti pemilik akaun media sosial menggunakan nama ‘Muhammad Imran Suresh’ yang mendakwa memiliki maklumat berhubung kes pemain bola sepak, Faisal Halim...

Spotlight

Baru-baru ini tular video mengenai seorang jurugambar Met Gala dilihat tidak menghormati ahli kumpulan K-pop, Stray Kids ketika mereka melalui karpet merah untuk sesi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd