Amaran mengenai fenomena ribut solar dahsyat yang diramalkan berlaku pada awal tahun depan telah dikeluarkan oleh beberapa orang saintis dan dijangka cukup kuat.
Mungkin capaian sambungan internet akan terganggu berminggu-minggu
Memetik laporan dari news18.com, ribut solar itu dipercayai cukup kuat sehingga menjejaskan sambungan internet di bumi hampir berminggu-minggu disebabkan medan magnetik matahari.
Gambar sekadar hiasan
Artikel lain: Fenomena Matahari Menjadi Biru Buat Penduduk Britain Terkejut
Ribut solar dahsyat dikenali Suria Maksimum
Kajian yang dibuat saintis mendapati ribut solar yang dikenali sebagai Suria Maksimum berlaku ketika kemuncak kitaran aktiviti Matahari.
Difahamkan, penemuan baru para saintis berkenaan nampaknya bercanggah dengan penemuan NASA sebelum ini yang menjangkakan ribut solar akan berlaku pada akhir tahun 2025.
Gambar sekadar hiasan
Menurut kajian, aktiviti matahari akan tiba dikemuncaknya pada setiap 11 tahun. Ia kebiasaannya akan mencetuskan gangguan terhadap cuaca di angkasa lepas termasuklah menjejaskan satelit, grid elektrik serta sistem komunikasi di seluruh dunia.
Sumber: news18.com