Seorang wanita di Vietnam mendakwa sudah 50 tahun tidak menjamah makanan berat sebaliknya hanya minum air soda serta makanan ringan.
Memetik laporan Oddity Central, wanita bernama Bui Thi Loi itu berkata, tabiatnya bermula pada tahun 1963 selepas dia disambar petir.
Wanita hanya minum air soda
Thi Loi juga berkata, kejadian itu berlaku ketika dia dan beberapa wanita lain mendaki gunung untuk merawat askar yang cedera ketika perang pada waktu tersebut.
Selepas kejadian itu, Thi Loi tidak sedarkan diri selama beberapa hari dan walaupun terselamat, dia sudah tidak seperti yang dahulu.
Artikel lain: Stanley Hadiahkan Wanita Kereta Baru Selepas Raih ‘Free Marketing’ Di TikTok
Wanita berusia 75 tahun itu tidak menjamah sebarang makan selama beberapa hari selepas tersedar, oleh itu rakan-rakannya memberikan air manis buat Thi Loi.
Selepas beberapa tahun, Lhi Thoi hanya memakan buah sebagai makanan berat kerana dipaksa keluarga dan rakan-rakan namun selepas 1970, dia menolak makanan berat.
Katanya, bau makanan boleh membuatkan dia berasa loya namun dia tetap memasak untuk ahli keluarga namun selepas anak-anaknya berpindah, dapurnya tidak lagi digunakan.
Menurut beberapa doktor di Jabatan Nutrisi di Hospital Persahabatan Vietnam-Cuba, minuman ringan manis membantu menambah tenaga badan.
Namun, mereka juga menekankan bahayanya menikmati minuman ringan dengan banyak kerana ia berisiko menyebabkan masalah seperti obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular.
Sumber: Oddity Central