Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

DOSM Jangka Ekonomi Malaysia Tumbuh Perlahan Dalam Tempoh Terdekat

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menjangkakan ekonomi Malaysia tumbuh perlahan dalam tempoh masa terdekat seperti digambarkan oleh Indeks Pelopor (IP).

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin memberitahu indeks tersebut menunjukkan pergerakan lebih baik bagi tiga bulan berturut-turut kepada negatif 0.3 peratus dengan merekodkan 109.3 mata pada September 2023 berbanding negatif 0.5 peratus bulan sebelumnya.

Ekonomi Malaysia tumbuh perlahan

Artikel lain: Meneladani Tetangga ASEAN Kunci Kejayaan Ekonomi MADANI

“Walaupun masih di bawah trend 100 mata dalam analisis jangka panjang terlicin pada September 2023, IP menjangka ekonomi Malaysia bertumbuh sederhana dalam masa terdekat.
“Ia disokong oleh peningkatan dalam perbelanjaan pelaburan, keadaan pasaran buruh yang memberangsangkan dan permintaan domestik menggalakkan,” katanya.

Jelasnya lagi, pada suku tahun ketiga 2023 (ST3 2023), ekonomi negara berkembang 3.3 peratus tahun ke tahun dimana lebih tinggi berbanding 2.9 peratus yang direkodkan pada suku tahun sebelumnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengembangan ekonomi pada suku tahun ini dipengaruhi oleh permintaan domestik khususnya dalam sektor perkhidmatan dan domestik.

Sementara itu, Mohd Uzir mendedahkan Imbangan Akaun Semasa (CAB) Malaysia mengekalkan lebihan pada ST3 2023 dengan merekodkan RM9.14 bilion berbanding RM19.0 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu.

“Lebihan tersebut disokong oleh eksport bersih barangan. Pelaburan Langsung Asing (FDI) juga merekodkan aliran masuk bersih yang lebih rendah RM7.2 bilion berbanding RM9.6 bilion pada suku yang sama tahun lalu.
“Tambahan, Pelaburan Langsung di Luar Negeri (DIA) mencatatkan aliran keluar bersih RM13.4 bilion pada suku tahun ketiga 2023 (ST2 2023: RM8.0 bilion),” ujarnya.

Tambahnya lagi, sektor perkhidmatan telah menjana hasil 4.4 peratus kepada 146.7 mata pada suku tahun ini yang secara tidak langsung meningkat 7.6 peratus pada ST3 2023 untuk merekodkan RM584.0 bilion.

Sumber: Sinar Harian (Nor Syamira Liana Nor Ashaha)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd