Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Sanusi Tak Bercita-Cita Jadi Perdana Menteri, Tapi Akan Cuba Jika Diberi Amanah

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan yang dia sama sekali tidak berniat mahu menjadi seorang Perdana Menteri malah perkara itu tidak pernah terlintas difikirannya.

Bukan tujuan utama sertai politik

Memetik laporan dari Berita Harian, Sanusi memaklumkan yang menjadi Perdana Menteri bukanlah tujuan utamanya sejak menceburi bidang politik.

“Saya tak boleh letak sasaran dan saya tak ada angan-angan. Allah yang mengirimkan saya ke sini, sama dengan pemimpin lain, kalau mereka pergi lebih jauh itu serah kepada jemaah parti.
“Saya tak ada cita-cita (jadi Perdana Menteri), tapi kalau diberi amanah oleh kepimpinan di mana saja saya akan cuba untuk parti, untuk jemaah, untuk orang ramai. Tapi untuk diri saya tak ada,” katanya.

sanusi perdana menteri

Kenyataan tersebut dibuat bagi mengulas ucapan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin yang memaklumkan bahawa pihak mereka mempunyai ramai calon Perdana Menteri seperti Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden PAS, Datuk Seri Idris Ahmad dan beberapa pemimpin muda termasuklah Muhammad Sanusi.

Sanusi maklumkan seawal tahun depan kemungkinan pemimpin PAS jawat Jawatan Perdana Menteri

Ujar Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu lagi, jawatan Perdana Menteri berkemungkinan boleh dijawat pemimpin PAS paling awal sekitar awal tahun hadapan jika bilangan kerusi Parlimen mencukupi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebelum ini saya pernah cakap pada 2050 itu Perdana Menterinya daripada PAS, tapi itu bukan yang pertama. Mungkin lebih awal daripada itu, seboleh-bolehnya mungkin tahun depan.
“PAS ada jumlah kerusi Parlimen paling tinggi di antara parti politik yang ada di Malaysia. Itu asas saya,” jelasnya.

sanusi perdana menteri

Untuk rekod,  PAS mempunyai 43 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat berbanding 31 Ahli Parlimen BERSATU yang membentuk Perikatan Nasional (PN).

Sumber: Berita Harian (Noorazura Abdul Rahman)

 

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd