Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pengunjung Terkejut, Tikus Besar Jatuh Dari Siling Medan Selera Di Singapura

Tular sebuah video memaparkan seekor tikus jatuh dari bahagian atas ‘siling’ di sebuah medan selera yang terletak di Tangs Plaza, Singapura pada 25 November lalu.

Menerusi video tular di platform Facebook, kelihatan mamalia kecil itu jatuh tepat di atas dulang yang mempunyai dua mangkuk makanan.

Malah, turut memaparkan situasi di mana ramai pengunjung terkejut melihat tikus bersaiz besar itu jatuh ke dalam dulang masih masih mempunyai makanan.

https://www.facebook.com/watch/?v=339793988659888&t=41

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memetik laporan The Straits Times, tindakan tegas akan dikenakan ke atas pengurusan bangunan Pasar Tangs dan lima gerai yang berada di medan selera berkenaan kerana berada di kawasan premis tersebut.

Agensi Makanan Singapura (SFA) dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) berkata, pegawai mereka telah memeriksa premis berkenaan pada 28 November sebanyak dua kali.

Mereka juga telah meneliti gerai makanan dan kawasan umum serta siling untuk melihat tanda-tanda serangan perosak dan tikus.

Menurut kenyataan itu, NEA akan mengambil tindakan terhadap pengurusan bangunan atas serangan tikus di kawasan siling, manakala SFA akan mengambil tindakan terhadap lima gerai kerana melanggar kebersihan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tikus jatuh

Untuk makluman, Pasar Tangs terletak di ‘ground floor’ Plaza Tang dan dikendalikan oleh Kumpulan Fei Song.

Artikel lain: Mangsa Sindiket Penipuan Kerja Cerita Dipaksa Makan Babi, Diancam Guna Cota Elektrik

Sumber: FB Singapore Laughs, The Straits Times

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet olahraga negara, Eddy Bernard meraih pingat gangsa pertama untuk Malaysia di temasya Sukan Paralimpik Paris dalam acara 100m T44 (kecacatan fizikal) di Stade...

Sukan

Penampilan pertama Muhammad Fareez di Sukan Paralimpik Paris 2024 memberi aksi kurang memberangsangkan kerana terlampau memikirkan untuk merebut kemenangan dalam perlawanan penentuan pingat gangsa...

Lokal

Dua lelaki meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung di Jalan Pendek, Kampung Kota, Kota Bharu petang semalam. Menerusi laporan Kosmo!, kejadian berlaku...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) melancarkan Program e-Perkasa SPM Yayasan LTAT (YLTAT) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam memperkasakan pendidikan anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM)....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd