Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datuk Dr Shahrin @ Sahib Sahibuddin menasihati para graduan yang bakal bergraduasi supaya menghormati jubah konvokesyen dan juga mortar-board sebagai pakaian dalam istiadat yang cukup bermakna itu.
Bukan sebarangan individu boleh sarung jubah berkenaan
Menerusi ucapannya dalam TikTok rasmi UiTM, Prof Shahrin telah menegur sesetengah pihak yang menjadikan pakaian tersebut sebagai konten di media sosial sehingga tidak menghormatinya.
“Tapi perasaan hormat itu perlu ada kerana bukan sembarangan dan calang-calang individu boleh menyarung jubah berkenaan.
Kami ahli akademik juga menyarung jubah berkenaan sebagai tanda dan simbol ilmu yang dijunjung.
Pemakaian songkok mahupun mortar-board (topi mortar atau konvokesyen) dipakai oleh mahasiswa sebenarnya antara takrifannya adalah menjunjung ilmu ditauliahkan kepada mereka.
“Jadi sesuai dengan itu besarlah harapan saya semua mahasiswa (mahasiswi) dan graduan UiTM Malaysia seluruhnya untuk menghormati pakaian akademik ini,” katanya.
@uitm_channel Naib Canselor Menasihati Para Graduan Menghormati Jubah Konvokesyen #istiadatkonvokesyenuitm98 #konvo98 #uitmdihatiku
♬ original sound – Universiti Teknologi MARA – Universiti Teknologi MARA
Artikel lain: Graduan Tak Sempat Kongsi Kegembiraan, Bapa Meninggal Dunia 15 Minit Sebelum Naik Pentas Terima Skrol
Jubah konvokesyen perlu letak sejajar dengan statusnya
Ujar beliau lagi, pakaian istiadat tersebut perlulah diletakkan sejajar dengan statusnya yang sangat tinggi dan mulia dalam penganugerahan.
“Kena ingat firman Allah itu dari sisi Allah maka ilmu yang saudara dan saudari pegang itu sangat mulia tinggi.
“Maka pakaian itu melambangkan ilmu. Perihal pakaian itu tatacara dan adabnya perlulah dianugerahkan kepada pakaian ilmu yang saudara saudari pakai,” katanya.
Kredit foto: UiTM
Sebelum ini, tular beberapa video yang dimuat naik oleh graduan yang menggayakan jubah konvokesyen ketika melakukan aktiviti harian dan aktiviti lasak.
Tindakan tersebut nyata membuatkan warganet kurang senang kerana seolah-olah tidak menghormati pakaian istiadat yang pastinya cukup isitmewa.
Sumber: TikTok uitm_channel