Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Syif Malam Papar Kisah Gangguan Seram Di Tempat Kerja

Diinspirasi daripada gangguan seram dan menakutkan di tempat kerja, Empire Film Solution bersama Thinkerbell Studios Sdn Bhd tampil dengan filem komedi gelap yang berjudul Syif Malam yang papar kisah gangguan seram di tempat kerja.

Penerbitnya, Mohamad Zubir Badar Shair berkata, idea untuk menerbitkan Syif Malam timbul setelah dia menonton satu drama pendek yang tular di YouTube Awanimbus beberapa tahun lalu.

“Menerusi drama pendek berdurasi 14 minit itu, saya lihat konsep dan jalan ceritanya cukup menarik dan menyeramkan, malah ia sudah ditonton sebanyak 1.6 juta penonton pada waktu itu.
“Kemudian, timbul idea untuk dikembangkan pula menjadi sebuah filem, tambahan pula genre seram cukup digemari penonton,” katanya.

Jalan cerita yang teratur dengan lakonan terbaik daripada pelakon Taqim Zaki, Anas Ridzuan, Shahkimin dan Zera Hariz menambah lagi tarikan filem tersebut.

Selain itu, filem arahan Fairus Anuar itu turut dibintangi oleh Kamarul Eqifshah, Sobri Anuar, Riezman Khuzaimi, Ismeth dan Mili Supina.

Tambah Zubir, dia yakin filem yang berkisarkan tentang warga kerja syif malam diganggu perkara mistik ini mampu menarik perhatian peminat filem bergenre seram.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tidak dinafikan pasti ada segelintir daripada kita yang pernah berhadapan dengan pengalaman seram ketika bekerja waktu malam.
“Mungkin juga apa yang dipaparkan dalam filem ini sama seperti yang pernah dilalui oleh mereka yang mengalami situasi tersebut,” ujarnya.

Syif Malam papar kisah gangguan seram di tempat kerja

Sementara itu, Fairus berkata filem itu menggabungkan elemen fiksyen seram dan komedi gelap bagi menghidupkan semula genre tersebut yang sudah lama tidak disajikan dalam karya tempatan.

Artikel lain: Ketengah Isu Kahwin Muda, Filem Imam Tanpa Makmum Selit Budaya Melayu Indonesia

“Filem seram ini disampaikan dalam bentuk komedi gelap dan saya juga memasukkan elemen realisme bagi menghidupkan jalan cerita.
“Sebagai contoh, filem ini memaparkan situasi pekerja yang terpaksa melayan kerenah birokrasi di pejabat ditambah dengan gangguan mistik pada waktu malam,” kongsinya.

Kongsinya, mereka mengekalkan konsep dan naratif yang sama dengan drama pendek dahulu, cuma lokasi dan cerita yang berbeza.

“Saya juga mengekalkan seorang pelakon dari drama pendek tersebut cuma wataknya berbeza,” ujarnya.

Syif Malam mengisahkan tiga rakan iaitu Ikmal, Botak dan Mok sepejabat yang diganggu selepas dipaksa bekerja pada waktu malam bagi menyiapkan tugasan pada saat akhir.

Mereka memutuskan untuk meminta bantuan daripada seseorang yang mendakwa arif dengan perkara mistik, namun selepas mengikut nasihat individu tersebut, gangguan ke atas mereka semakin ganas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nak tahu apa kesudahannya dengan tiga rakan ini? Saksikan filem Syif Malam bermula pada 7 Disember ini di pawagam dan bersama-sama rungkaikan misteri yang menyelubungi mereka.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd