Baru-baru ini, tular di laman sosial seorang tawanan Israel memberikan sepucuk surat buat Briged Al-Qassam sebagai tanda penghargaan.
Menerusi sepucuk surat yang telah mula tular di laman sosial, Danielle menzahirkan ucapan terima kasih kepada Hamas kerana telah melayani dia dan anak perempuannya, Emilia dengan baik sepanjang menjadi tebusan mereka.
Apa yang menarik perhatian, Danielle meluahkan rasa keinginan mahu menjadi rakan baik Hamas di dunia kerana tertarik dengan sifat kemanusiaan yang dimiliki mereka.
Tawanan Israel
🇵🇸🇮🇱 ISRAELI HOSTAGE WRITES A LETTER TO HAMAS:
“To the generals who have accompanied me in recent weeks, it seems we will part ways tomorrow, but I thank you from the bottom of my heart for your extraordinary humanity shown towards my daughter, Emilia.
You were like parents to… pic.twitter.com/yasR6uPkGQ
— Censored Men (@CensoredMen) November 27, 2023
Artikel lain: Genjatan Senjata Di Gaza Dilanjutkan Selama Dua Hari
“Kepada para Jeneral yang menemani saya dalam minggu minggu terakhir ini. Nampaknya kita akan berpisah esok. Tetapi saya mengucapkan terima kasih dari sudut hati saya terhadap sikap kemanusiaan luar biasa yang anda tunjukkan kepada anak perempuan saya Emilia.
“Kamu seperti ibu bapa kepadanya, menjemputnya masuk ke bilik kamu apabila dia mahu. Dia menganggap kamu seperti kawan kawannya.
“Saya berharap agar kita dapat jadi kawan yang baik di dunia ini,” ujarnya.
Apa yang lebih menyayat hati, Danielle mendedahkan pejuang Hamas tetap melayani segala permintaan anak perempuannya yang baru sahaja berusia 5 tahun meskipun kehendaknya sukar untuk diperolehi.
“Terima kasih kerana baik dengannya, bersabar dengannya dan memanjakannya dengan gula gula, buah buahan dan segala yang ada walaupun sukar untuk dicari Kanak kanak tidak seharusnya ditahan.
“Tetapi terima kasih kepada anda dan orang orang baik yang kami temui sepanjang jalan ini. Anak perempuan saya seperti Permaisuri di Gaza,” katanya lagi.
Bukan itu sahaja, wanita terbabit turut meluahkan rasa syukur kerana anaknya tidak mengalami sebarang trauma dari segi psikologi malah, dia akan sentiasa mengingati semua kebaikan yang telah dilakukan Hamas.
Dalam pada itu, Danielle mendoakan agar pejuang Hamas sentiasa dilindungi selalu dan mendapat kesihatan yang baik sepanjang mempertahankan tanah Palestin.
“Dia merasa seperti di puncak dunia. Dia tidak langsung bertemu sesiapa di perjalanan panjang kami dari pangkat bawahan ke para pemimpin yang tidak melayannya dengan baik. Saya akan selamanya menjadi banduan yang bersyukur kerana dia tidak meninggalkan tempat ini dengan trauma psikologi.
“Saya akan sentiasa mengingati kebaikan kalian yang kalian berikan walaupun situasi sukar dihadapi kalian sekarang ini dan kehilangan yang kamu alami ketika ini di Gaza.
Semoga kalian sihat dan kasih sayang sentiasa diberikan kepada kamu dan anak anak keluarga kamu. Terima kasih banyak banyak,” tambahnya.
Sumber: X @Censored Men