Penyanyi popular Korea Selatan, Lisa Blackpink menjadi bualan hangat ramai apabila dia menggayakan gaun dari pereka fesyen Lubnan, George Hobeika.
Penyanyi yang berusia 26 tahun itu tampak cantik mengenakan gaun aquamarine daripada koleksi RTW Spring 2024 ketika menghadiri Jamuan Negara Korea Selatan-United Kingdom di Istana Buckingham.
Lisa BLACKPINK
Artikel lain: Jualan Nasi Bujang Di Thailand Meningkat Disebabkan Lisa BLACKPINK
Menerusi gambar yang mula tular di laman sosial, kelihatan Lisa bersama ahli Blackpink yang lain iaitu Jisoo, Jennie dan Rose kelihatan anggun berjalan di ‘red carpet’ menghadiri majlis terkemuka yang dianjurkan Raja Charles III.
Penampilan Lisa yang lengkap dengan gaun berwarna hijau dengan kasut berwarna emas serta kalung berlian dari Bulgari telah berjaya menarik perhatian ramai peminat.
Sewaktumajlis itu berlangsung, Raja Charles III turut menyebut setiap nama ahli kumpulan itu dengan mengucapkan terima kasih atas penglibatan mereka ke acara tersebut.
Bagusnya Lisa!
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu dan bangga dengan sokongan Lisa terhadap pereka fesyen itu dalam membangunkan lagi perniagaanya.
Semoga urusan Lisa dipermudahkan!
Dalam pada itu, ramai yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada Lisa malah menjadikan penyanyi tersebut sebagai idola dan inspirasi mereka.
Sekadar info, BLACKPINK telah menerima anugerah Most Excellent Order of the British Empire (MBE) yang diberikan oleh Raja Charles III di Istana Buckingham, London.
Sumber: HarpesBazaarArabia