Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin umum keputusan untuk tidak pertahan jawatan Presiden dalam pemilihan parti yang dijangka berlangsung sebelum hujung 2024.
Menurut laporan Astro Awani, beliau membuat pengumuman tersebut ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung Bersatu di Shah Alam, Selangor hari ini.
Muhyiddin umum tidak pertahan jawatan Presiden
Bekas Perdana Menteri itu berkata, sudah tiba masanya untuk beliau mewariskan kepimpinan parti kepada pemimpin seterusnya demi terus mengangkat Bersatu sebagai parti pembela Melayu dan Bumiputera.
Artikel lain: Nak Bawa Keluarga Bercuti Di UK, Muhyiddin Yassin Mohon Kembalikan Pasport
Pada masa yang sama, Muhyiddin juga memberikan cadangan kepada barisan kepimpinan kanan parti tersebut bermusyawarah terlebih dahulu.
Ini bagi memastikan tokoh-tokoh parti mempunyai tempat dan peranan dalam barisan kepimpinan parti baharu nanti.
“Ini adalah Perhimpunan Agung kali terakhir saya berdiri di pentas ini sebagai Presiden parti. Ini kerana pemilihan parti akan datang akan dibuat di peringkat bahagian terlebih dahulu sebelum perhimpunan agung diadakan.
“Justeru saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua barisan pimpinan dan ahli Bersatu sekiranga saya melakukan sebarang kesalahan atau kesilapan sepanjang saya memimpin parti.
“Pesan saya, jagalah parti ini baik-baik,” katanya.
Sumber: Astro Awani (Firdaus Azil)