Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan sebanyak 21 kes COVID-19 varian Omicron dikesan pada Minggu Epidemiologi ke-46 (ME 46/2023) dari 12 hingga 18 Nov lalu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh KKM hari ini, terdapat 20 kes Variant of Concern (VOC) dan satu kes Variant of Interest (VOI).
21 varian Omicron dikesan
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/pfbid02xCCvL67LRq4HHS9L3S4yoZ4rB55y6qhrj2Dp6NGcui8K2mU1Kf5KWuFGzZ8GGBujl
Artikel lain:KKM Sentiasa Bersedia Hadapi Ancaman Penyakit X
“Sehingga kini sebanyak 785 kumulatif kes ‘currently circulating’ VOI iaitu XBB.1.16, XBB.1.5, dan EG.5 dikesan yang terdiri daripada 783 kes tempatan dan dua kes import.
“Pecahan kes merangkumi 143 kes di Sarawak, Selangor (136), Kuala Lumpur (119), Melaka (117), Johor (59), Kedah (52), Pulau Pinang (37), Terengganu (24), Sabah (23), Kelantan (21), Negeri Sembilan (16), Perlis (12), Perak dan Putrajaya masing-masing sembilan dan lapan kes di Pahang,” katanya.
Bukan itu sahaja, KKM turut memberitahu peningkatan kes Covid-19 pada minggu lalu iaitu 2,305 kes berbanding 1,801 kes pada ME 45/2023, iaitu 5 hingga 11 Nov lalu.
“Pada ME 46/2023 pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 0.4 peratus, manakala peratus pengisian katil bukan kritikal COVID-19 pula adalah sebanyak 0.7 peratus.
“Sehingga kini, situasi COVID-19 masih terkawal di Malaysia,” ujarnya.
Dalam pada itu, sehingga ME 45/2023, hasil aktiviti survelan Influenza-Like Illness (ILI) dan Severe Acute Respiratory Infections (SARI) bagi COVID-19 di lokasi seluruh negara mendapati sebanyak 61 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 7.0 peratus.
Manakala sebanyak 69 sampel SARI dengan kadar positif 3.0 peratus pada ME 45/2023.
Sumber: FB @KKM