Pengasas X, Elon Musk mendedahkan semua hasil iklan dan langganan media itu yang berkaitan perang di Gaza akan disumbangkan hospital di Israel dan Palang Merah di wilayah Palestin.
Menurut laporan Business Standard, perkara tersebut dimaklumkan Musk menerusi sebuah hantaran di laman X dimana syarikatnya akan memantau bagaimana dana itu akan dibelanjakan melalui Persatuan Palang Merah termasuk Bulan Sabit Merah.
Jelasnya lagi, dia bertindak sedemikian kerana tidak mahu wang tersebut digunakan oleh kumpulan Hamas.
Hasil iklan X disumbangkan hospital Israel
Artikel lain: CEO Telegram Tetap Pendirian, Tak Akan Sekat Hantaran Mengenai Palestin
“Kita harus mengambil berat tentang mereka yang tidak bersalah tanpa mengira kaum, kepercayaan, agama atau apa sahaja,” ujarnya.
Keputusan itu diambil selepas sokongan Musk terhadap tweet anti-Semitik yang menerima kecaman daripada pelbagai spektrum penentang dan organisasi, termasuk Liga Anti-Fitnah, sebuah kumpulan advokasi yang bertujuan untuk mencegah prasangka anti-Yahudi.
Jutawan itu sebelum ini menjawab kiriman di X yang mendakwa bahawa orang Yahudi telah menghasut kebencian terhadap orang kulit putih meskipun diminta untuk berhenti melakukan perkara sedemikian.
Sumber: Business Standard