Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pembunuh Along Spoon Bebas Hari Ini, Hukuman Penjara Sepanjang Hayat Dipinda

Peguam yang mewakili bekas anggota polis, Mohd. Ya’cob Demyati, 57, Che Muji Che Noh memaklumkan yang individu tersebut dibebaskan dari Penjara Kajang hari ini.

Dibebaskan hari ini

Memetik laporan dari Kosmo! Che Muji mengesahkan bahawa Ya’cob dibebaskan selepas 33 tahun dipenjara bermula dari tarikh pengangkapannya.

“InsyaAllah, dia bebas hari ini, 33 tahun (penjara) dari tarikh tangkap pada 4 Januari 2000, satu pertiga daripada cuti dan lain-lain bermakna dia dah serve (menjalani hukuman penjara) 33 tahun,” katanya.

ya'cob

Ya’cob dihukum sepanjang hayat sebelum ini

Difahamkan, Mahkamah Persekutuan di sini meminda hukuman penjara sepanjang hayat yang dijatuhkan terhadap Mohd. Ya’acob kepada pemenjaraan 33 tahun.

Sebelum ini, Ya’cob sebelum ini diperintahkan menjalani hukuman mati namun ia diringankan kepada penjara sepanjang hayat sahaja selepas Lembaga Pengampunan membenarkan petisyen rayuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

ya'cob

Keputusan hukuman Ya’cob dibuat sebulat suara

Difahamkan, keputusan sebulat suara itu dibuat panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada pada hari kedua persidangan hari ini selepas empat bulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati 2023.

Terdahulu, Ya’acob yang merupakan anggota cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dituduh membunuh Sabi’ul Malik, 19, di tepi jalan di Kilometer 28 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu sekitar jam 1 pagi, pada  26 Disember 1999.

ya'cob

Artikel lain: Abang Tikam Adik Perempuan, Bengang Asyik Diejek Suka Makan & Tidur

Allahyarham Along yang merupakan vokalis kumpulan Spoon dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak polis kemudian menjumpai rangka manusia yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang pada 6 Januari 2000.

Sumber: Kosmo! (Nuzulsham Shamsuddin)

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa meluah rasa terkilan sambil menangis selepas mendapati anak perempuannya telah dinikahi dengan pengurus sekolah pondok anaknya tanpa izinnya. Memetika laporan tvonenews, bapa...

Sosial

Lagu rasmi Universiti Teknologi MARA (UiTM) iaitu UiTM di Hatiku menjadi tular di media sosial selepas ia digunakan oleh pelajar-pelajar dari luar negara video...

Sukan

Atlet terjun negara, Bertrand Rhodict Lises dan atlet sukan layar, Nur Shazrin Mohamad Latif diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang dalam upacara perasmian temasya...

Bisnes

Platform pembayaran e-dompet dan dalam talian, TNG Digital (TNGD) bersama CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) mengumumkan satu lagi skop pelaburan, e-Mas yang merupakan pelaburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd