Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPT Hargai Atlet Cemerlang Di UNIVERSIADE

Seramai 20 atlet IPT menerima insentif kemenangan berjumlah RM32,500 hasil pencapaian cemerlang pada temasya Sukan Universiti Dunia (UNIVERSIADE) Chengdu pada Julai lepas.

Tahniah & terima kasih diucapkan

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi YB Dato’ Haji Yusof Apdal telah mengucapkan tahniah diatas kejayaan para atlet IPT kerana mengharumkan nama negara.

Beliau juga mengakui sangat bangga dengan prestasi mereka sekali gus mengucapkan terima kasih diatas usaha mereka dalam bertanding membawa nama Malaysia.

UNIVERSIADE kali ini cipta sejarah

Difahamkan, penyertaan UNIVERSIADE pada kali ini telah manjadi sejarah baru kepada penanda aras prestasi atlet IPT di pentas tertinggi dunia apabila kontinjen negara telah berjaya memenangi pingat emas pertama di temasya ini setelah menanti selama 38 tahun sejak temasya pertama UNIVERSIADE di Kobe, Jepun pada 1985 menerusi atlet wusyu negara, Tammy Tan Hui Ling dari Asia Pasific University (APU).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Atlet IPT negara cemerlang di UNIVERSIADE

Kejayaan cemerlang ini tidak berhenti disitu apabila telah dituruti oleh atlet-atlet yang lain kerana turut menyumbang 1 Perak dan 5 Gangsa kepada kontinjen Negara. 1 Perak disumbang oleh pasukan terjun dan 5 Gangsa pula melibatkan 3 daripada Wushu dan 2 daripada Badminton.

Paling membanggakan adalah perenang negara, Bryan Leong Xin Ren (King’s College London) kerana telah memadamkan rekod kebangsaan berusia 14 tahun milik Daniel Bego dalam acara 50 meter kuak kupu-kupu dengan masa 24.35 saat.

UNIVERSIADE

 

Bukan itu sahaja, pelari sensasi 400 meter negara, Umar Osman pelajar dari Politeknik Ibrahim Sultan pula mencatat sejarah memadamkan rekod kebangsaan miliknya pada Sukan Sea Kemboja Mei lalu iaitu 46.34 saat sebanyak dua kali dalam tempoh 24 jam dengan masa 46.33 saat dan 46.09 saat serta layak beraksi di peringkat akhir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

UNIVERSIADE

Pelancaran Road To Surabaya 2024

Pada majlis yang sama,  Dato’ Haji Yusof Apdal turut menyempurnakan majlis pelancaran Road To Surabaya 2024. Malaysia bakal menyertai Kejohanan Sukan Universiti Asean (AUG) 2024 pada 25 Jun hingga 6 Julai 2024 bertempat di Surabaya dan Malang, Indonesia.

UNIVERSIADE

11 Negara ASEAN bakal mengambil bahagian dengan 19 acara sukan juga akan dipertandingkan. KPT akan menggandakan usaha untuk menghantar atlet yang bukan sahaja mampu cemerlang dan memenangi pingat di Surabaya malah seterusnya akan menjadi bintang sukan masa hadapan negara.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd