Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ramasamy Diberi Tempoh Sebulan Bayar Lebih RM1 Juta Kepada Zakir Naik

Mahkamah Tinggi memerintahkan supaya bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr. P. Ramasamy bayar RM1 juta kepada penceramah terkenal dari India, Dr. Zakir Naik, dalam masa 30 hari.

Menurut laporan Berita Harian, keputusan tersebut dilakukan oleh hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz selepas mengesahkan Zakir selaku plaintif berjaya memenuhi tiga elemen fitnah yang dilakukan oleh pemimpin DAP tersebut pada empat tahun lalu.

Ramasamy bayar RM1 juta

Difahamkan, Zakir terpaksa menghadiri prosiding mahkamah secara dalam talian kerana berada di Nigeria bagi menghadiri majlis ceramah sehingga 5 November.

Sebelum ini, penceramah yang berusia 58 tahun itu mendakwa Ramasamy melemparkan lima kenyataan berbaur fitnah sehingga tindakan dua saman telah diambil pada Oktober dan Disember 2019.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Dituduh Hisap Vape, Ikmal Hisham Mahu Saman Jurugambar PM

Pada 10 April 2016 merupakan tarikh dimana beliau telah difitnah dengan memanggil dirinya ‘syaitan’ di laman Facebook.

Zakir yang juga mempunyai taraf Penduduk Tetap, memkalumkan Ramasamy memfitnahnya dalam satu lagi kenyataan disiarkan portal berita pada 1 Oktober 2017, dengan mendakwa Malaysia melindungi apa didakwanya sebagai pelarian dari India.

Malah, pada 11 Ogos 2019, beliau mendakwa Ramasamy telah memanipulasi ucapan dibuatnya pada satu majlis anjuran Kerajaan Kelantan, diterbitkan portal berita, pada hari sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, Ramasamy sekali lagi dilaporkan memfitnah Zakir dalam kenyataan berunsurkan kebencian pada 20 Ogos 2019.

Saman kedua pula telah diambil susulan dakwaan Ramasamy yang mengulas berhubung kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang disiarkan portal berita pada 8 November 2019.

Sumber: Kosmo (Nuzulsham Shamsuddin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi runut bunyi anime, Sayuri meninggal dunia 20 September lalu pada usia 28 tahun, hanya enam bulan selepas berkahwin dengan suaminya, Amaarashi. Menerusi satu...

Sosial

Seorang pegawai polis dari Thailand cakap Bahasa Melayu untuk menasihati rakyat Malaysia yang melawat negara itu sentiasa membawa lesen memandu tidak kira lesen memandu...

Spotlight

Baru-baru ini, pelakon terkenal Indonesia, Raffi Ahmad  menerima gelaran doktor honoris causa atau doktor kehormat dari Universal Institute of Professional Management (UIPM) di Thailand....

Lokal

Muhammad Amir Hakimi Sabari, anak kepada pesara Felcra, Sabari Baharom yang disyaki dibunuh dengan cara dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra akui kenal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd