Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim harus lebih berani dalam membuat keputusan walaupun tindakan itu tidak akan memuaskan hati semua orang, kata Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Baginda berkata demikian dalam podcast Keluar sekejap yang dihoskan oleh bekas ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas ketua penerangan UMNO, Shahril Hamdan.
Anwar Ibrahim Harus Lebih Berani Membuat Keputusan
“Pada pendapat saya, dia harus berani untuk membuat lebih banyak keputusan untuk negara.
“Dan saya tak tahu jika dia mempunyai team yang baik ataupun tidak tapi pada pendapat saya, dia tidak mempunyai team yang baik,” katanya.
Artikel lain: TMJ Taja Padang SNBJ Sebagai Hadiah Untuk Sukan Bola Sepak Negara
Tunku Ismail juga berpendapat Anwar mempunyai keinginan untuk melihat negara Malaysia maju, namun beliau harus lebih berani membuat keputusan.
“Saya berpendapat beliau mempunyai keinginan untuk melihat negara ini berjaya tapi dia perlu membuat keputusan dengan berani.
“Kita tak boleh puaskan hati semua orang kerana kamu kena ambil keputusan yang terbaik untuk negara.
“Dan kadang-kadang, keputusan yang diambil itu boleh membuatkan kita dibenci tapi kamu perlu mengambil risiko itu,” ujar baginda.
Pada masa yang sama, Tunku Ismail juga menyatakan Anwar yang juga Menteri Kewangan terlalu mengambil langkah selamat dalam membuat keputusan.
“Pada pendapat saya, beliau terlalu mengambil langkah selamat,” kata baginda.
Disamping itu, baginda juga berpandangan Anwar akan berdepan dengan ‘kesukaran’ sepanjang pemerintahan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang bakal ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong tahun hadapan.
“Ke Bawah Duli merupakan seseorang yang memahami namun apabila bercakap mengenai kepentingan negara, Ke Bawah Duli sangat tegas.
“Ke Bawah Duli juga mempunyai pengetahuan yang sangat luas, dari pokok sehinggalah ke senjata tentera.
“Kamu tidak akan dapat menipu Di Bawah Duli kerana dia mempunyai pengetahuan yang luas dan saya berpendapat perdana menteri akan menghadapi kesukaran sepanjang pemerintahan Baginda,” jelasnya.
Sumber: Youtube Podcast Keluar Sekejap, Instagram Tunku Ismail & Sultan Ibrahim