Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Wan Saiful Didakwa Atas 18 Pertuduhan Babit Pengubahan Wang Haram

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini atas 18 pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram hampir RM6 juta, tahun lalu.

Wan Saiful didakwa atas 18 pertuduhan

Foto: Utusan Malaysia

Menurut laporan Harian Metro, bagaimanapun Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

“Tidak bersalah, mohon dibicarakan,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ahli parlimen berusia 48 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613].

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi.

Pada 21 Februari lalu, Wan Saiful telah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah.

Beliau dituduh menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta yang membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta tahun lalu namun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Kosmo Online

Berdasarkan pertuduhaan, Wan Saiful didakwa meminta wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan kepada syarikat Nepturis Sdn Bhd untuk mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur.

Lian mendapatkan projek itu daripada Kerajaan Malaysia secara pra kelayakan berniali RM232 juta di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana pada April tahun lalu.

Beliau juga didakwa menerima suapan RM6.9 juta menerusi akaun CIMB Bank Berhad syarikatnya, WSA Advisoray Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik syarikat Nepturis Sdn Bhd.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suapan tersebut merupakan upah membantu syarikat terbabit mendapatkan surat setuju terima projek sama di CIMB Bank Berhad cawangan Bukit Tunku di Kuala Lumpur antara 8 Julai hingga 30 September 2022.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta.

Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet olahraga negara, Eddy Bernard meraih pingat gangsa pertama untuk Malaysia di temasya Sukan Paralimpik Paris dalam acara 100m T44 (kecacatan fizikal) di Stade...

Sukan

Penampilan pertama Muhammad Fareez di Sukan Paralimpik Paris 2024 memberi aksi kurang memberangsangkan kerana terlampau memikirkan untuk merebut kemenangan dalam perlawanan penentuan pingat gangsa...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) melancarkan Program e-Perkasa SPM Yayasan LTAT (YLTAT) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam memperkasakan pendidikan anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM)....

Spotlight

Selebriti popular Indonesia, Atta Halilintar bengang apabila terdapat khabar angin mengatakan dia sudah berkahwin dengan Youtuber terkenal, Ria Ricis yang juga merupakan bekas isteri...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd