Pemain badminton persoalan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia bergelar juara dalam Kejohanan Badminton Terbuka Artik 2023 Ahad 15 Oktober 2023.
Tamatkan kemarau kejuaraan
Memetik laporan dari Utusan Malaysia, Zhi Jia telah menamatkan kemarau kejuaraan apabila menewaskan rakan senegara, Ng Tze Yong di Vantaa Energie Arena, Finland.
Kredit foto: BWF
Lee Zii Jia menang mudah
Pemain tersebut berjaga menguasai permainan apabila perancangannya berhasil dan tidak berdepan masalah sehingga berjaya menewaskan Tze Yong dengan keputusan 21-14, 21-15 dalam tempoh 40 minit sahaja.
Artikel lain: Lee Zii Jia Tetap Dengan Pendirian, Tak Mahu Gunakan Khidmat Jurulatih
Untuk rekod, kali terakhir Zii Jia naik podium adalah tahun lalu iaitu ketika menjuarai terbuka Thailand.
Selepas itu, dia dilihat seperti bergelut dengan momentum sehingga kerap di kritik sesetengah termasuklah di media sosial.
Walau bagaimanapun, peminat-peminat badminton Tanah Air tidak pernah putus berharap dengan keupayaan pemain berusia 25 tahun itu kembali naik ke podium seperti tahun lalu.
Selepas ini, dia akan melanjutkan perjuangan menerusi siri jelajah Eropahnya dengan menyertai Terbuka Denmark yang akan bermula pada Selasa ini.
Sumber: Utusan Malaysia