Ketua pihak berkuasa tenaga, Jalal Ismail berkata, satu-satunya loji janakuasa yang beroperasi di Semenanjung Gaza dihentikan pada Rabu akibat kehabisan bahan api.
“Loji janakuasa itu menghentikan operasinya pada 14.00 (1100 GMT) kerana tiada bahan api,” kata Ismail
Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan loji janakuasa tunggal di kawasan itu akan kehabisan bahan api dalam masa beberapa jam lagi.
Kehabisan bahan api itu telah menyebabkan wilayah Palestin tiada bekalan elektrik selepas Israel memotongnya sebagai tindak balas terhadap serangan baru-baru ini.
Hospital guna ‘generator’ untuk selamatnya ribuan nyawa
Berikutan itu,sektor perubatan di Gaza mengalami kekurangan bekalan perubatan dan teknikal yang teruk bagi menampung jumlah mangsa yang mengalami kecederaan pada masa akan datang.
Malah, difahamkan pihak hospital juga bergantung kepada generator dalam memberikan rawatan dan ia mampu bertahan beberapa jam sahaja.
“Loji tenaga elektrik di Gaza sudah ditutup akibat sekatan bahan api oleh rejim Israel.
“Hospital yang anda lihat dalam video ini hanya akan bertahan beberapa jam sahaja lagi menggunakan generator.
“Kita doakan Allah turunkan keajaiban buat mereka. Ya Allah, bantulah kami,”ciap Pengurus Aman Palestin Cawangan Temerloh, Ahmad Numan Mazlan.
Sumber: aljazeera, Bernama, X @numanmazlan