Tular beberapa video di media sosial memaparkan penyokong setia pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) diserang di luar stadium pada malam Selasa di Bangkok.
Penyokong JDT diserang
Penyokong JDT berdepan detik cemas apabila diserang penyokong BG Pathum selepas berakhirnya aksi antara kedua-dua pasukan di Stadium Pathum Thani, Bangkok.
Melalui rakaman tular, penyokong JDT dilihat sedang berjalan di luar stadium Leo sebelum diserang secara tiba-tiba oleh penyokong tuan rumah.
Difahaamkan, mereka diserang oleh sekumpulan penyokong sehingga berlakunya kekasaran termasuk ada yang membakar mercun seperti mana dapat dilihat menerusi video tular.
“Berlaku rasa tidak puas hati oleh penyokong tuan rumah pada saingan Piala ACL 2023 semalam,”tulis pengguna Facebook Cakap Sukan Official.
https://www.facebook.com/watch/?v=1007240713908731&t=28
Dahlah kerabat diraja Johor baru cemas sebab insiden Siam Paragon!
Kejadian tersebut juga berlaku selepas kerabat diraja Johor berdepan detik cemas di perkarangan hotel penginapan di Bangkok, Thailand.
Ia susulan insiden tembakan rambang membabitkan suspek berusia 14 tahun di pusat beli-belah Siam Paragon Mall sehingga mengorbankan tiga nyawa.
Artikel lain: Budak 14 Tahun Ditahan, Tembak Sehingga Ragut 3 Nyawa Di Siam Paragon
Artikel lain: Suspek ‘Insiden Siam Paragon’ Kongsi Video Berlatih Guna Senjata Di Group WhatsApp
Disebabkan insiden tersebut, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terpaksa melupakan hasrat untuk menonton aksi itu apabila dibawa terus ke kedutaan bagi melindungi keselamatan keluarganya.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=855608459254875&set=a.273577870791273&type=3&ref=embed_post
Sekadar info, JDT melakar kemenangan 4-2, sekali gus menghadiahkan tiga mata maksimum buat pelawat dalam aksi Kumpulan I saingan aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL).
Sumber: FB Cakap Sukan_Official, FB HRH Crown Prince of Johor