Isteri kepada penyanyi popular, Virgoun iaitu Inara Rusli tak cemburu dan tidak terkejut dengan khabar angin yang mengatakan suaminya itu sudah menemui pengganti baharu walaupun belum sah bercerai.
Menerusi laporan Detik Hot, Inara turut mendedahkan sudah lama mengetahui perkara tersebut malah dia menegaskan tidak pernah rasa cemburu dengan hubungan itu.
Bukan itu sahaja, dia dapat menjangkakan perkara tersebut akan terjadi memandangkan rumah tangga mereka sudah lama tergantung tanpa bertali.
Inara Rusli tak cemburu
Artikel lain: Inara Rusli Akhirnya Tarik Balik Laporan Zina Selepas Berjaya Dipujuk Virgoun
“Biasalah… bukan satu mengejutkan. Saya tidak menyesal bukan? Kita tidak boleh memaksa semua orang berada terus dengan kita. Sejauh mana rasa cemburu? Jangan fokus perkara itu tapi fokus perkara lain,” katanya.
Apa yang lebih mengejutkan, Inara mengenali teman wanita baharu suaminya itu dan pernah menjadi seorang pelakon malah suka menyertai sukan permotoran.
“Saya pernah jumpa dia sekali dua. Masa itu semasa pengurus saya memberi saya kerja untuk sebuah rancangan. Kali kedua saya bertemu dia di tempat pemain bass tapi saya tidak begitu mengenai wanita tersebut,” kongsinya.
Sekadar info, Inara mendedahkan Virgoun telah menggunakan beberapa orang wanita untuk mendapatkan khidmat seks ternyata telah mengejutkan ramai.
Disebabkan terlalu malu dengan pendedahan yang dilakukan oleh Inara, Virgoun telah bertindak memfailkan penceraian di Pejabat Agama Jakarta Barat pada 5 Mei lalu.
Sumber: Detik Hot (Maulidi Rismoyo)