Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditahan oleh pihak polis selepas melepaskan tembakan di sebuah pusat beli-belah Siam Paragon, Bangkok.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 4.20 petang hari ini. Malah, lebih 10 das tembakan sehingga membuatkan ratusan pengunjung lari bertempiaran.
คือเกิดไรขึ้นอะไร #พารากอน pic.twitter.com/lN15oxGa68
— D.weii_ (@Dweii_ii) October 3, 2023
Memetik laporan Bangkok Post, insiden berkenaan telah menyebabkan lima pengunjung terkorban manakala lima lagi mengalami kecederaan.
Biro Siasatan Khas Thailand segera ke lokasi kejadian dan berjaya menahan suspek yang bersenjata di sekitar Siam Kempinski Hotel kira-kira 5.10 petang.
Ia dapat dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular dimana suspek menyerah diri dengan meletakkan senjata di atas lantai.
Video footage shows the moment the shooter got arrested at Siam Paragon Mall in Bangkok. At least 3 dead, according to emergency services#Thailand #Bangkok #สยามพารากอน #Bangkok #Thailand #Gunshots #Mall #Shooting #Breaking #Latest pic.twitter.com/ugOA0N8Ufo
— mishikasingh (@mishika_singh) October 3, 2023
Sementara itu, Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin turut menzahirkan kebimbangan terhadap kejadian itu.
“Saya mengetahui kejadian tembak menembak di Siam Paragon dan telah mengarahkan polis untuk menyiasat. Saya paling bimbang terhadap keselamatan awam,”ujarnya.
Sebuah stesen kereta api terdekat dilaporkan ditutup manakala orang ramai dilarang meninggalkan perhentian tersebut ketika situasi masih belum terkawal.
Pada tahun lalu, seorang pegawai polis telah membunuh 22 kanak-kanak di taska pada tahun lepas dengan melakukan serangan senjata api dan pisau.
Malah, pada tahun 2020 juga seorang askar telah menembak dan membunuh sekurang-kurangnya 29 orang dan 57 orang mengalami kecederan di empat lokasi di sekitar timur laut Thailand, bandar Nakhon Ratchasima.
Sumber: Bangkok Post, X search