Baru-baru ini, selebriti Lucinta Luna atau nama sebenarnya Mohamad Fatah mendedahkan dia tidak boleh hamil disebabkan rahimnya telah dibuang ketika kemalangan.
Perkara tersebut dimaklumkan Lucinta ketika menjadi tetamu undangan Deddy Corbuzier Podcast bersama teman lelakinya, Arten atau lebih mesra disapa Alan.
@makin.panas Bagaimana Saya Menjadi Tidak Dapat Memiliki Anak,Kebenaran yang Memilukan#lucintaluna #podcast #deddycorbuzier #deddycorbuzierpodcast #fypシ゚viral
“Kenapa saya tak boleh mengandung sebab dulu saya pernah kemalangan dan disebabkan itulah saya tak boleh ada anak, rahim sudah dibuang.
“Saya di ‘korek-korek’ dan ternyata sudah tidak ada sel telur lagi. Jadi saya dah mandul, tak boleh ada anak. Saya sudah maklumkan kepada bakal suami mengenai perkara ini,” ujarnya.
Netizen terhibur
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kenyataan yang dilemparkan oleh Lucinta mengenai kisah kehamilannya itu walhal, dia sudah semestinya tidak boleh hamil kerana jantinanya seorang lelaki.
Confident dia tak boleh lawan!
Bukan itu sahaja, ada segelintir individu mempersoalkan keyakinannya mengenai ketiadaan rahimnya itu memandangkan netizen sudah sedia maklum mengenai latar belakang kehidupannya.
Sumber: TikTok @makin panas