Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

753 Tandas Awam Milik PBT Dinaik Taraf – KPKT

Sebanyak 753 buah tandas awam milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah dinaik taraf menjadi tandas awam bertaraf Bersih, Menawan dan Wangi (BMW).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, sebanyak 16 buah tandas awam PBT pula akan dinaik taraf kepada tandas pintar (BMW-i).

753 tandas awam milik PBT dinaik taraf

tandas awam milik PBT

“Saya memohon kerjasama dan sokongan daripada daripada sektor swasta dan kerajaan untuk berganding bahu menjayakan usaha ini supaya semua tandas awam di negara kita mencapai taraf BMW,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Toilet of The Year (TOTYA) 2024 di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur pada Khamis.

tandas awam milik PBT

Secara keseluruhan, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM800 juta untuk menaik taraf tandas di seluruh negara dengan sejak kali pertama TOTYA dianjurkan tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Usaha tersebut seiring dengan perkembangan teknologi dalam industri tandas melalui peruntukan belanjawan 2024 yang diluluskan sebanyak RM 150 juta untuk menyelenggara dan membaiki tandas awam di semua PBT di seluruh negara.

Artikel lain: Terima Peruntukan RM5.934 Bilion, KPKT Tetapkan 11 Fokus Utama

Sementara itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjelaskan, TOTYA 2024 menerima 625 penyertaan berbanding 345 penyertaan tahun lalu dengan peningkatan sebanyak 82 peratus.

tandas awam milik PBT

“Tujuh kategori telah dipertandingkan iaitu hotel, pusat beli belah, kawasan rehat dan rawat, stesen minyak dan restoran
termasuk dua kategori baharu iaitu PBT dan sekolah.
“Pemenang bagi setiap kategori menerima hadiah wang tunai RM20,000, piala iringan dan sijil.
“Menerusi penganjuran TOTYA, KPKT mendapat pulangan setimpal apabila kos penyelenggaraan dan baik pulih tandas awam ditanggung sepenuhnya oleh sektor swasta,” kata KPKT dalam satu kenyataan.

Penganjuran TOTYA 2024 mendapat kerjasama dan tajaan sektor swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Persatuan Bilik Air Berkualiti Malaysia (QRAM), Big Bath Sdn. Bhd., Nano-G Malaysia, Fivone51 International Sdn. Bhd, Perbadanan PR1MA Malaysia, Rigel Technology (M) Sdn. Bhd. dan Roca (Johnson Suisse) Malaysia Sdn. Bhd.

Advertisement. Scroll to continue reading.

tandas awam milik PBT

Pada majlis sama, Kor Ming turut melancarkan Aplikasi Penarafan Bintang Tandas Awam (PBTa) yang digunakan bermula tahun depan untuk memudahkan kerja-kerja pengauditan oleh PBT, badan kawal selia dan individu.

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh, Ketua Setiausaha KPKT Datuk Wira M Noor Azman Taib dan pengurusan tertinggi KPKT serta Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ramai sebak melihat momen jenazah seorang murid PASTI yang meninggal dunia disebabkan masalah kesihatan dikelilingi oleh rakan-rakannya yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir. @cikgusalamiahmohdnor...

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas mendapati suami berulang kali curang hingga sanggup meninggalkan dirinya dan anak mereka selama beberapa hari demi meluangkan masa dengan...

Lokal

Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun menjadi perhatian warganet kerana tampil bersuara berkenaan isu kemusnahan ladang durian musang king di Sungai Ruan dan...

Sosial

Beberapa individu telah tampil menyatakan bahawa jenama kambing perap terkenal didakwa tidak membayar gaji stafnya sehingga berbulan-bulan. Perkara tersebut dinyatakan oleh satu akaun TikTok...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd