Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kecoh 43 Jemaah Umrah Terkandas! Agensi Akui Tak Mampu Sedia Tiket Pulang, Alami Masalah Kewangan

43 Jemaah Umrah Terkandas

Pengarah Urusan Persada Global Holidays Sdn Bhd, Shahir Ibrahim mengesahkan seramai 43 jemaah umrah yang terkandas di Jeddah berada di bawah kelolaan syarikat itu.

Menurutnya, kegagalan menyediakan tiket penerbangan pulang berpunca daripada masalah kewangan yang dihadapi syarikat.

“Namun kita sedang berusaha mencari dana dan menyediakan tiket pulang. Setakat ini, penginapan jemaah masih ditanggung pihak syarikat dan mereka tidak perlu bimbang.
“Saya beri jaminan jemaah akan dibawa pulang secara berperingkat selewat-lewatnya esok,” katanya ketika dihubungi.

43 Jemaah Umrah Terkandas, Agensi Akui Tak Mampu Sedia Tiket Pulang

Seorang bekas kakitangan Persada Global Holidays turut mendedahkan bahawa lapan pekerja diberhentikan minggu lalu atas alasan syarikat tidak mampu membayar gaji.

Artikel lain: Lebih 300 Jemaah Umrah Terkandas, Hanya 18 Terima Semula Wang Setakat Ini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai jemaah terkandas selepas agensi gagal menyediakan tiket pulang, malah ada yang diminta membayar sendiri tiket dengan janji bayaran semula selepas pulang ke tanah air.

Salah seorang jemaah, Nurhidayah Saidin, 35, berkata dia membeli pakej bernilai RM7,800 seorang untuk empat orang ahli keluarga termasuk ibunya yang berusia 69 tahun dan adik perempuannya yang sedang mengandung.

“Ada yang tak mampu beli tiket sendiri dan bimbang duit tak dipulangkan. Kami perlu pulang segera kerana ada warga emas dan wanita hamil perlukan ubat,” katanya lagi.

Difahamkan jemaah kini menginap di sebuah apartment di Jeddah, dan pihak agensi turut meminta bayaran tambahan sebanyak RM2,300 bagi tujuan pembelian tiket penerbangan.

Sumber: Harian Metro (Samadi Ahmad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Seorang ahli politik Singapura dari People’s Power Party (PPP), Derrick Sim, memuji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menyifatkan beliau sebagai antara...

Sosial

Seorang pelanggan lelaki meluahkan rasa kecewa selepas staf di sebuah arked permainan mendakwa dia menghentam mesin ketika sedang bermain sejenis permainan perlumbaan kereta. Lelaki...

Lokal

Seorang tukang rumah warga Indonesia dikenakan enam saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka selepas ditahan menunggang motosikal milik majikannya tanpa lesen memandu dalam...

Nasional

Bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini dipercayai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd