Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

4 perkara perlu diberi tumpuan berhubung isu mineral kritikal – MITI

Empat perkara perlu diberi tumpuan oleh kerajaan berhubung isu mineral kritikal, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Timbalan menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, permintaan terhadap mineral kritikal semakin meningkat susulan pertambahan kegunaan bahan galian penting ini bagi teknologi tenaga bersih.

Isu mineral kritikal

“Bagi pembangunan industri, proses downstream mineral tempatan akan dapat menghasilkan nilai untuk membantu keperluan rantaian bekalan kita, khususnya mencapai matlamat agenda pembangunan EV, daripada pengeluaran semikonduktor teknologi tinggi kepada pembuatan bateri. 
“Cadangan kedua pula ialah menghasilkan standard nasional tahap tinggi bagi eksplorasi, eksploitasi dan rantaian bekalan mineral kritikal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Forum Bisnes Mineral Kritikal yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM) di Kuala Lumpur pada Isnin.

Artikel lain: MITI Tekan Aspek Pelaksanaan, Kerjasama Lebih Erat Antara Sektor Awam & Swasta

Advertisement. Scroll to continue reading.

Chin Tong berkata, cadangan ketiga pula ialah Kerajaan Persekutuan dan Negeri perlu mencari jalan yang dipersetujui bersama bagi melindungi kepentingan-kepentingan negara kita.

“Menurut Perlembagaan Persekutuan, tanah dan sumber asli berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Manakala keempat ialah kolaborasi melalui Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik bagi Kemakmuran (IPEF).
“Sewaktu Mesyuarat Menteri-Menteri IPEF di Detroit, Amerika Syarikat pada Mei 2023, saya telah mencadangkan supaya Amerika Syarikat dan negara-negara maju lain membantu rakan-rakan IPEF dari Asia Tenggara untuk membangunlan aktiviti downstream bagi memastikan keutuhan dan keterjaminan sektor mineral kritikal,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata sebagai sebuah negara yang mempunyai simpanan mineral kritikal, Malaysia perlu mengadakan dialog dasar dengan lebih kerap dan pantas berhubung hal ini.

“Terima kasih kepada AMCHAM kerana berjaya menganjurkan forum ini yang membuka peluang kepada pihak industri untuk bertukar pandangan dan berbincang isu tentang mineral kritikal, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di rantau ini dan di seluruh dunia,” katanya lagi.

Kerajaan Indonesia telahpun melaksanakan langkah susulan dengan membentuk Dialog mineral kritikal IPEF dengan disokong oleh Kerajaan Malaysia.

Dialog ini diasaskan sewaktu pusingan perbincangan semua rakan IPEF di San Francisco, dan masanya sudah tiba untuk memastikan ia menjadi platform yang berstruktur dan aktif untuk menyusun langkah ke arah kerjasama jangka panjang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Sosial

Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila didakwa diganggu seorang lelaki separuh bogel yang melakukan perbuatan lucah di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat...

Sukan

Mahkamah Timbang Tara Sukan, Court of Arbitration for Sport (CAS) memutuskan tujuh pemain warisan negara dikenakan penggantungan selama 12 bulan, namun larangan itu hanya...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd